Siakap Keli
Oyen

Oyen: “Di Luar Samseng, Di Rumah Makan Mak Suap..”

Di luar ibarat samseng, begitulah perumpamaan paling tepat yang boleh ditujukan buat sejenis spesis kucing yang cukup dikenali di Malaysia, iaitu Oyen.

Oyen atau nama sebenarnya, Oren menduduki tempat pertama dalam senarai kucing-kucing paling digemari dan terkenal di negara ini.

Masakan tidak, telatahnya yang agak mencuit hati, nakal, garang, selamba dan bermacam-macam lagi pasti akan menghiburkan hati sesiapa sahaja.

Selain itu, Oyen juga dikatakan memiliki sejenis sifat yang jarang ada pada spesis kucing lain iaitu samseng. Hal ini mungkin disebabkan majoritinya daripada populasi jantan.

Namun bak kata orang, “Seganas-ganas cik abang di luar, di rumah pijak semut pun tak mati”. Di luar nampak macam terpaling ‘otai’, tapi bila di rumah, lembut saja rupanya.

Itulah seperti yang terjadi kepada seekor Oyen dalam video yang tular ini. Kapsyen video ini sudah cukup jelas menceritakan dua sisi perangai Oyen yang berbeza.

“Di luar samseng..di rumah makan pun disuap mak..”

Video yang dimuat naik di Twitter Kocheng ini menunjukkan keadaan seekor Oyen yang sedang makan. Tapi apa yang peliknya, makanan itu disuap oleh tangan tuannya sendiri.

Tambahan pula, reaksi Oyen yang agak manja itu begitu mencuit hati. Ramai tidak menyangka, Oyen yang terkenal dengan perangai samseng di luar rupa-rupanya manja di rumah.

Ini reaksi netizen

Video yang dikongsikan ini tular di Twitter dan telah ditonton lebih 171,000 kali tontonan setakat ini. Rata-rata warganet terhibur dengan apa yang mereka saksikan.

Bagaimanapun dalam masa sama, mereka turut memberi pandangan mengenai pemberian makanan dipercayai nasi kepada si Oyen tersebut.

Berikut di bawah adalah komentar-komentar pilihan yang menarik.

“Itu makan nasi ke?….”

“Kat rumah macam pahlawan tapi….”

Terdahulu, Si Oyen (dari keluarga dan salasilah lain) juga pernah dilihat membawa pulang seekor tupai ke dalam rumah menerusi video yang dimuatnaik oleh @mieyla.w di TikTok.

Difahamkan, Oyen tersebut tidak melepaskan tupai itu dari gigitannya dan kelihatan berada dalam keadaan marah sehingga tidak boleh disentuh.

Menurut Mieyla, dia yang baru saja bangun dari tidur terkejut melihat kucing miliknya itu membawa pulang tupai tersebut dan meminta agar ia melepaskannya.

Sementara itu, tupai tersebut dilihat langsung tidak bergerak, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia masih hidup atau tidak.

@mieyla.w

Oyen mmg suka buat hal keeee 😫 #fyp #fypシ #foryoupage #esekeli #xyzbca #catsoftiktok #cat #fiercecat

♬ original sound – M!€YL4 🧸 – M!€YL4 🧸

BACA JUGA: (Video) “Tengah Mamai Bangun Tiba-Tiba…,” Oyen Buat ‘Suprise’, Bawa Balik ‘Hadiah’ Untuk Tuan

Sumber: Twitter Kocheng

Faiz Mustafa