Siakap Keli

(Video) Habis Comot Satu Badan, Oyen Kena ‘Marah’ Kantoi Makan Buah Naga

Apa saja video atau perkongsian berkaitan dengan kucing, pasti ianya akan menarik perhatian ramai terutamanya kucing ‘oyen’. Manakan tidak, oyen sering kali menunjukkan gelagat yang nakal tetapi melucukan.

Terbaru, tular satu video di TikTok yang memaparkan seekor oyen ‘kantoi’ sedang memakan buah naga.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @connie9320 itu, oyen tersebut dilihat membawa lari buah naga ke satu sudut yang tersembunyi. Akibat tindakannya itu, lantai di situ dikotori dengan sisa buah naga berwarna merah jambu.

Tambah ‘menggeramkan’, wajah dan badannya juga dipenuhi dengan kesan warna merah jambu yang mungkin akan mengambil masa yang lama untuk dibersihkan.

@connie9320

???#fyp #foryou #cute #petsoftiktok #cats

♬ Anthem for Lazy Cats – Matias La Cour

Walaupun ‘dimarahi’ oleh tuannya, si comel itu tetap kelihatan tenang dan bagaikan tidak merasa bersalah.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton sebanyak 6.7 juta kali di TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terhibur melihat gelagat kucing itu dan meminta agar tuannya tidak memarahinya.

Sumber: connie9320

Sofea

There's always another side to every story