Siakap Keli

(Video) “Tengah Mamai Bangun Tiba-Tiba…,” Oyen Buat ‘Suprise’, Bawa Balik ‘Hadiah’ Untuk Tuan

Kucing sememangnya dikenali sebagai haiwan yang sangat comel dan manja, tetapi kita juga tidak boleh menafikan bahawa ia mempunyai sifat semula jadi sebagai ‘pemburu’. Manakan tidak, jika mereka diberikan peluang untuk keluar dari rumah, pasti akan ada saja ‘hadiah’ yang akan dibawa pulang.

Kebiasaannya mereka akan tertarik dengan burung dan akan membawa pulang haiwan itu untuk ‘dipersembahkan’ kepada tuannya.

Namun, lain pula yang dilakukan oleh si oyen ini yang dilihat membawa pulang seekor tupai ke dalam rumah.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @mieyla.w di TikTok, oyen tersebut tidak melepaskan tupai itu dari gigitannya dan kelihatan berada dalam keadaan marah sehingga tidak boleh disentuh.

@mieyla.w

Oyen mmg suka buat hal keeee 😫 #fyp #fypシ #foryoupage #esekeli #xyzbca #catsoftiktok #cat #fiercecat

♬ original sound – M!€YL4 🧸 – M!€YL4 🧸

Menurut Mieyla, dia yang baru saja bangun dari tidur terkejut melihat kucing miliknya itu membawa pulang tupai tersebut dan meminta agar ia melepaskannya.

Sementara itu, tupai tersebut dilihat langsung tidak bergerak, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia masih hidup atau tidak.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 30.6 ribu tontonan di TikTok.

Rata-rata warganet terhibur melihat video itu dan ada juga di antara mereka yang turut berkongsi mengenai telatah kucing masing-masing.

Sumber: mieyla.w

Sofea

There's always another side to every story