Setiap daripada kita, bila baru sahaja mendirikan bahtera rumah tangga, sudah tentunya mahu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan isteri sebaik mungkin.
Bagi seorang lelaki, mereka bukan sahaja seorang ketua dalam keluarga namun memainkan peranan penting agar bahtera yang dibawa terus belayar di tengah lautan rumah tangga.
Melihat isteri yang kadangkala penat mengurus dan mengemas rumah, kita sebagai suami juga 'turun padang' dengan niat mahu meringankan beban buah hati.
Namun kadangkala niat yang baik tidak berakhir seperti yang diharapkan.
“Niat nak tolong gosok je awalnya, nak jadi suami baik”
Begitulah perkongsian mencuit hati seorang pengguna Threads @idhamzul yang pada awalnya mahu menolong menggosok tudung isterinya.
Bagaimanapun, niat yang mahu tudung isteri kelihatan licin tanpa kedut berubah dari tak ubah seperti langit cerah bertukar gelap.
“Niat nak tolong gosok je awalnya, nak jadi suami baik” kongsinya.
Man Down..Man Down.. Man Down
Namun, apa yang lebih menghiburkan, dia juga meminta bantuan daripada suami-suami di luar sana untuk memberikan cadangan dengan situasi gawat yang sedang dilaluinya.
Tentera Suami Hadir
“Start enjin kereta, ajak wife pergi kedai emas.. belanja seutas rantai... close case terus bro,”
“Bang..dah 2 jam dah ni..update la bang..waktu melawat hospital sampai 7 malam je.”
“Rumah saya ada bilik kosong. Boleh stay situ dulu sementara tunggu keadaan okay.”

“Dan begitulah cara tuan akan diingati. Sebagai orang baik. Arwah baik orangnya”

Dalam hantaran yang sama, si suami sempat 'melaporkan' pada tentera suami bahawa situasi sudah terkawal.
“Alhamdulillah saya selamat tuan-tuan, laluan & ujiannya tak mudah. Klaim kerosakan & tuntutan ganti rugi.
“Tapi betul, tudung jenama & warna tersebut belum ada stok, masih dalam proses memujuk. Doakan saya,” kongsinya.


