Siakap Keli
pemain bola sepak kes rogol

Pemain Bola Sepak Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

KOTA BHARU, 3 Jun (Bernama) – Pemain bola sepak sebuah pasukan liga tempatan yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja berusia 18 tahun, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata ia susulan tempoh tahanan reman ke atas lelaki berusia 28 tahun itu berakhir hari ini.

“Polis dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan, insya-Allah akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan pemain tersebut ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, selepas mangsa membuat laporan polis, Ahad lalu.

Pemain itu kemudian direman empat hari bermula Isnin hingga semalam, sebelum direman sehari lagi dan berakhir hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang