Siakap Keli
jemaah meninggal dunia
Foto: PU Amin

Belum Sempat Balik Rumah, Jemaah Dipercayai Baru Pulang Dari Tanah Suci ‘Rebah’ Di Pintu Pesawat

Kita sendiri tidak pernah menjangka bagaiamana cara pengakhiran hidup kita nanti sama ada baik atau sebaliknya. Namun, jauh di sudut hati, biarlah perjalanan akhir kita nanti sesuatu yang baik dan husnul khatimah.

Menerusi perkongsian daripada seorang pendakwah selebriti, PU Amin, beliau telah memuat naik satu perkongsian berkaitan seorang jemaah yang dipercayai baru sahaja pulang dari Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Difahamkan menerusi perkongsiannya itu, beliau memaklumkan seorang jemaah wanita yang rebah di KLIA dan disahkan meninggal dunia.

“Jemaah umrah rebah lalu meninggal dunia tatkala pulang mendarat di klia setelah selesai melaksanakan ibadah umrah. Moga Allah memuliakan Almarhumah. Husnul khatimah. Pemergian yang dicemburui. Salam takziah buat seluruh keluarga.

Selagi belum sampai ke rumah, Al Marhumah masih berstatus tetamu Allah. Alfatihah.”

Kata PU Amin dalam perkongsiannya, jemaah tersebut masih dikategorikan sebagai tetamu Allah memandangkan Allahyarhamah belum pulang ke rumahnya.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mendoakan dan sedekahkan Alfatihah. Semoga Arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin.

Sumber: Pencetusummah_amin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang