Siakap Keli
wanita hampir putus jari
Gambar: Twitter @elfucir

Bergelut Dengan ‘Kekasih Psiko’, Wanita Hampir Putus Jari Telunjuk

Seorang wanita hampir putus jari telunjuk ketika mempertahankan dirinya akibat bergelut dengan kekasihnya yang dikatakan seorang ‘lelaki psiko’.

Nasib malangnya itu dikongsikan menerusi laman Twitter @elfucir yang menceritakan kejadian penuh bagaimana dirinya ‘dikerjakan’ oleh lelaki itu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila mangsa mahu mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut.

Bagimanapun, lelaki itu dikatakan bertindak cuba menikamnya dengan menggunakan sebilah pisau, namun mangsa berjaya menahannya dengan menggunakan jari.

Ekoran pergelutan itu, jari mangsa hampir terkulai akibat terkena pisau yang digunakan oleh lelaki terbabit.

“Bukan aku sorang je terkena dengan mamat psycho ni. Ada lagi wanita-wanita yang terkena. Mamat ni sampai call makcik minah tu ye,” tulisnya di Twitter.

Dalam perkongsian di Twitter berkenaan, mangsa turut memuat naik beberapa keping gambar tangkap layar mesej lelaki tersebut di WhatsApp.

‘Sejajar’ dengan gelaran ‘lelaki psiko’, dakwa mangsa, lelaki itu turut mengeluarkan ugutan hingga tahap mahu bunuh diri.

“Ada this one time dia buat hal dengan aku and I decided untuk break la, sebab aku dah nak mental dengan mamat ni.

“Tapi si b**** ni pakai card nak bunuh diri, and also dia tendang kaca sampai meleleh darah kat kaki dia. What do u expect me to do? Kalau aku cau aku tak mati ke?

Then last sekali lepas aku dah tak tahan, aku kata kat dia aku nak break juga. Dia nak tikam aku, tapi aku pegang pisau tu. So tu la jari aku terkulai,” tulisnya lagi.

Mangsa yang cedera selepas bergelut dengan lelaki tersebut terpaksa menerima sembilan jahitan pada jarinya.

Selain itu, mangsa juga turut memberikan amaran kepada wanita-wanita lain agar menjauhi lelaki yang berperwatakan seperti itu – seperti yang dialaminya sendiri.

Sumber: Twitter @elfucir

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.