Tular di media sosial seorang lelaki berjaya ‘ride‘ 12 negeri dalam 24 jam di Semenanjung Malaysia sejauh 1,600 km baru-baru ini.
Menunggang motosikal dalam jarak yang jauh mungkin akan memenatkan tubuh badan, berbanding menaiki kereta kerana anda boleh bersandar pada tempat duduk dan juga berehat.
Tambahan pula, kita juga boleh terlindung daripada cuaca yang tidak menentu kalau menaiki kereta. Manakala jika motosikal pula, kita terpaksa berhenti seketika di tempat selamat ketika cuaca buruk melanda.
Begitulah kisah seorang rider kental bernama Eky Ekmarl yang berkongsikan pengalamannya yang melakukan solo ride menjelajah 12 negeri di Facebook Kumpulan The Solo Rider (Malaysia).
Perjalanannya melibatkan laluan di Semenanjung iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan, Terangganu, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan juga Kuala Lumpur.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh beliau.
Misi (Iron Butt) Bontot Besi
Salam Sahabat Riders..
Tips untuk menyahut cabaran serta selesaikan Misi (Iron Butt) Bontot Besi 1,600 km 24 jam dengan selamat dan berjaya.
Pertama, berdoa pada Allah. Kedua, inform keluarga. Plan Route. Bawa tiub, cacing serta pam tayar. Selenggaralah motor anda. Bawa extra minyak sekurang-kurangnya 10 liter. Dua botol dah cukup dan yang penting sekali adalah rehat secukupnya sebelum mula ride.
Ini penting pada saya la. Rehat secukupnya. Saya peduli tentang sahabat-sahabat riders semua. Jadi nasihat saya. Rehatlah enam jam sekurang-kurangnya sebelum mula ride untuk cabaran misi 1,600 kilometer (km) dalam 24 jam ini.
Walaupun kita kat rumah 48 jam tak tidur main game. Gagah mata. Walaupun kita pi mancing tiga hari atas laut tak tidur. Ia tak sama seperti cabaran 1,600 km 24 jam. Serius.
Jadi, ini nasihat 10 sen saya. Pastikan anda cukup rehat. Kenapa? Untuk elak microsleep dan terlelap. Microsleep ni tak macam mengantuk. Badan terlalu penat. Ia akan tiba-tiba tertidur.
Microsleep berlaku kepada saya. Al-maklum, suasana menuju Gerik-Jeli-Banjaran Titiwangsa kan sejuk, tenang, nyaman dan indah. Tengah relax. Tiba-tiba saya terbabas atas rumput, terkejut. Terus terjaga dan cepat cepat kawal motor, Alhamdulillah Allah pelihara ketika itu. Kedua-dua tangan masih di handle bar.
Tu saya tekankan kena cukup rehat sebelum ride. Kita kena fokus betul-betul ketika ride. Almaklum, selain kereta & lori banyak, binatang pun kadang ada lepak tepi jalan dan ada yang lintas jalan tiba-tiba pun ada.
Ketika kejadian microsleep tu, cuma winglet moto saya je tercabut. Itu pun perasan kat R&R Banjaran.
Misi 24 jam 1,600 km ni, kita ada dua jam extra. Dua jam tu lah untuk kita berhenti kencing, isi minyak dan streching. Dan kalau pandai manage masa dua jam ni, tiba masa 12 jam tu, ambil power nap 15 minit tapi gunakan bila terlalu mengantuk dan jangan lupa set alarm.
Dalam ride 24 jam tu, selain berhenti isi minyak, saya stop untuk lima waktu (solat) dan waktu tu saya basuh muka dan drop Al Quran. Time stop 10 minit tu la saya ambil peluang rehat. Budjet saya 15 minit je stop paling lama. Tapi before 10 minit dah jalan hehe.
Ok la. saya tak reti nak tulis panjang-panjang. Nasihat ringkas saya kepada nak mencabar diri 24 jam 1, 600 km, please rehat secukupnya sebelum mula ride. Nak ride 1,600 km 24 jam ni perlu focus 101 peratus di atas jalan raya. All the best. Semoga dipermudahkan.
1,600 km 24 jam selesai di bulan Ramadan
10: 30 malam Jumaat – 10: 30 malam Sabtu
1,600 km 24 jam
12 Quran 12 negeri
By the way sesiapa nak sahut cabaran ‘Bontot Besi 1,600 km 24 jam’ atau ‘Bontot Kebas 800 km 12 jam’ roger saya. Menyumbang sambil sahut cabaran. Sijil t-shirt & sticker. Boleh diaturkan. RM50 setel. Tolak modal, baki masuk dana Persatuan Kebajikan CEORAKYAT.
Motor diselenggara oleh Honda Impian X – Teck Sime One Centre Selayang Peter TeckSime
Aksesori motor oleh Serdang Motorcycle Shazleen Mohamad Noor
Alhamdulillah. TQ Allah.
Ride safe. Saya kisah tentang semua. -CEORAKYAT
https://www.facebook.com/100015350866265/videos/1153801222140996/
Sumber: Facebook Eky Ekmarl Kumpulan The Solo Ride (Malaysia)