Siakap Keli
singapura terpaksa bergantung bekalan ayam
Gambar: Mothership

Singapura Terpaksa Bergantung Bekalan Ayam Dari Thailand, Australia, Brazil Dan US

Singapura dilapor terpaksa bergantung bekalan ayam dari Thailand, Australia, Brazil dan Amerika Syarikat untuk menampung kekurangan bekalan itu, lapor Mothership.

Menurut Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura, Desmond Tan, ia disebabkan sekatan eksport ayam yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia pada 1 Jun lalu.

Bagaimanapun difahamkan, bekalan ayam di negara itu masih kekal stabil buat masa ini dan beberapa minggu akan datang.

“Yakinlah, terdapat bekalan ayam yang mencukupi untuk semua orang jika kita melakukan pembelian seperti biasa,” ucapnya di Facebook miliknya semalam.

Desmond yang melawati beberapa pasar raya pada pagi Sabtu semalam mendapati stok ayam di sana masih banyak, termasuklah keseluruhan bahagian seperti ayam mentah, sedia untuk dimakan, sejuk beku dan yang diproses.

Bagaimanapun, Tan turut memaklumkan bahawa Singapura akan menghadapi gangguan bekalan makanan dari semasa ke semasa.

“Kita mungkin tidak dapat mengurangkan sepenuhnya gangguan ini, tetapi saya yakin kita boleh mengatasi gangguan yang sekali-sekala ini dengan bekerjasama rapat,” tambahnya.

Untuk pengetahuan, Singapura mengimport kira-kira satu pertiga daripada ayamnya dari Malaysia.

https://www.facebook.com/watch/?v=1130301964212191

Sumber: Mothership

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.