Siakap Keli
trafik perlahan di plaza tol gombak
Gambar: LLM

Trafik Perlahan, Kenderaan ‘Beratur’ Di Plaza Tol Gombak

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan keadaan trafik bagi laluan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak (KLK) agak perlahan setakat 12:39 tengah hari tadi.

Laman Twitter rasmi LLM Trafik sebentar tadi menunjukkan trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak dari Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) ke arah Kuantan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan barisan kenderaan yang ‘beratur panjang’ sebelum memasuki plaza tol berkenaan, dipercayai mungkin faktor waktu hujung minggu.

Dalam laporan kemas kini selanjutnya setakat 12:02 tengah hari tadi, keadaan trafik di beberapa laluan sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan (arah utara) juga turut dilapor perlahan.

Antara lokasi trafik perlahan yang direkodkan ialah laluan Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah, Gua Tempurung ke Gopeng, Ipoh Selatan ke Ipoh Utara dan Bandar Baharu ke Jawi.

Sumber: Twitter LLM Trafik

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.