Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seorang lelaki berusia 21 tahun telah ditahan kerana menceroboh masuk ke dalam muzium seni dan memusnahkan artifak Yunani purba yang tidak dapat diganti bernilai AS$5 juta (RM21.9 juta) selepas bergaduh dengan teman wanitanya.
Lelaki tersebut telah ditahan oleh pengawal keselamatan pada malam Rabu di Muzium Seni Dallas, Texas.
Dia kemudiannya memberitahu pihak polis bahawa dia telah memutuskan untuk memusnahkan karya seni purba yang tidak ternilai itu kerana dia ‘berang dengan kekasihnya’.
Lelaki tersebut dilaporkan telah memusnahkan sekurang-kurangnya tiga artifak purba yang bernilai RM21.9 juta berasal dari Yunani kuno yang berusia 2,500 tahun sebelum dia datang.


Dia juga turut memusnahkan sekeping barangan asli Amerika, cawan Yunani dari kira-kira 540 Sebelum Masihi, dan pintu depan kaca muzium itu.
Amukan lelaki itu bermula kira-kira 9.40 malam Rabu, apabila lelaki tersebut memecahkan pintu depan kaca muzim itu dengan menggunakan kerusi besi.
Polis berkata, rakaman kamera pengawasan menunjukkan lelaki itu menggunakan alatan untuk memecahkan dua bekas paparan, serta pelbagai karya seni kuno. Dua daripada kepingan itu adalah sepasang periuk bernilai RM21.9 juta.
Pada satu ketika lelaki itu telah mengambil sekeping patung seramik asli Amerika kontemporari bernilai AS$100,000.

Barang-barang di dalam kotak pameran yang telah dimusnahkan adalah artifak purba yang jarang ditemui yang amat berharga dan hanya ada satu sahaja dalam dunia,” kata polis.
Selain daripada artifak, lelaki itu juga turut merosakkan telefon, komputer dan kerusi.
Seorang pengawal memaklumkan kepada pihak polis bahawa selepas sensor pengesan gerakan berbunyi, dia dan seorang lagi pengawal telah pergi untuk menyiasat ruang legar dan berjaya menemui lelaki itu.
Ketika pengawal tersebut bertanyakan tentang motif tindakannya, dia telah menyatakan bahawa dia bertindak sedemikian kerana ‘berasa marah dengan kekasihnya dan masuk ke dalam muzium itu untuk melepaskan geram.’
Polis turut memaklumkan bahawa lelaki tersebut sempat menghubungi talian kecemasan ketika berada dalam muzium berkenaan.
Setibanya pihak polis di tempat kejadian, lelaki tersebut terus ditahan dan mengakui jenayah yang dilakukannya.
Pengarah muzium, Agustín Arteaga dalam satu kenyataan berkata bahawa muzium itu kini sedang bekerjasama dengan syarikat insurans bagi menilai jumlah kerosakan.