Satu video yang memaparkan seorang wanita yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi mendapatkan air di dalam sebuah perigi telah menjadi tular.
Video yang telah dikongsi oleh sebuah agensi berita ANI itu, memaparkan pengorbanan golongan wanita dari sebuah kampung di daerah Dindori di Madhya Pradesh yang perlu menuruni perigi yang dalam demi mendapatkan air.
Meskipun mereka sedar bahawa tugas itu mampu mengancam nyawa mereka, namun, mereka akur demi kelangsungan keluarga. Benarlah kata orang, tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia.
Kekuatan mereka dapat dilihat menerusi video berdurasi 53 saat itu, di mana mereka mampu menjunjung baldi logam yang berisi air di atas kepala lalu berjalan kaki menyusuri jalan berdebu yang terpencil.
Video itu kemudiannya memaparkan gambar seorang wanita yang memakai sari ungu memanjat keluar dinding perigi dengan ketiadaan tempat untuk berpaut.
Video itu kemudian menunjukkan bahagian bawah telaga yang hampir kekeringan.
Seterusnya, seorang wanita yang mengenakan sari kuning dilihat memanjat keluar dari telaga dengan menggunakan tali yang diikat pada tubuhnya dan baldi yang dipenuhi dengan air berharga.
“Kakitangan kerajaan dan pemimpin politik hanya datang semasa pilihan raya. Kali ini kita putuskan untuk tidak memberi undi sehingga kita mendapat bekalan air yang cukup”.
“Kita kena turun telaga untuk dapatkan air. Ada 3 perigi, semuanya hampir kering, air pam tangan juga tiada,” kata penduduk tempatan kepada ANI.
Namun begitu, kita sudah menjangkau tahun 2022, para wanita di mana-mana sahaja tidak perlu untuk mengambil risiko sebegini hanya untuk mendapatkan air yang merupakan keperluan asas bagi setiap manusia.
Walau bagaimanapun, realitinya, jutaan wanita India (dan mereka yang berada di luar sana), terpaksa melakukan kerja sebegini dan perlu berjalan kaki berbatu-batu jauhnya dalam cuaca yang buruk hanya untuk membawa pulang air.
@utusantvofficial Video agensi berita ANI menunjukkan seorang wanita panjat dinding telaga di Madhya Pradesh, India. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok
Sumber: Hindustan Times