Siakap Keli
mammoth

Di Mana Mammoth Hidup & Pupus Sebenarnya? Pakar Dedah Temui 200 Tulang Mammoth Di Landasan ‘Airport’

Mammoth merupakan spesies haiwan gergasi purba yang mempunyai gading panjang dan bengkok seakan menyerupai gajah, namun mempunyai bulu yang panjang.

Dikatakan, haiwan ini hidup pada zaman Piliocene hingga zaman Holocene kira-kira lima juta tahun lalu hingga 4,500 tahun lalu. Agak terlalu lama zamannya telah berakhir sebelum tamadun manusia kini.

Mungkin ramai yang terfikir, di negara manakah sebenarnya menjadi tempat populasi mammoth ketika zaman purba dahulu. Adakah di padang pasir, gurun Sahara, hutan tropika mahupun savana.

Namun, sejak beberapa tahun dahulu, beberapa kumpulan arkeologi telah berjaya menemui kawasan yang dipercayai menjadi ‘tapak perkuburan’ haiwan gergasi purba berkenaan.

Hal ini adalah kerana mereka menemukan puluhan atau ratusan tulang-belulang haiwan itu di tapak arkeologi tersebut, sekaligus menggerakkan mereka untuk melakukan kajian lanjut mengenainya.

Imbas kembali, ketika 2020 dahulu, sekumpulan ahli arkeologi dari Mexico telah menemui kira-kira 200 tulang mammoth di tapak pembinaan sebuah landasan kapal terbang berhampiran tasik di Santa Lucia, utara Mexico.

Menurut laporan Los Angeles Times bertarikh 4 September 2020, tinggalan tulang-belulang itu ditemui ketika mereka menjalankan kerja-kerja menggali tanah menggunakan jentolak di kawasan landasan tersebut.

Selain tulang mammoth, turut ditemui di lokasi kejadian ialah 25 tulang unta serta lima tulang kuda yang dipercayai mati akibat terperangkap dalam paya berdekatan tasik ketika dahulu.

Melalui penemuan itu, mereka menemui tanda-tanda bahawa manusia pada zaman tersebut membuat peralatan daripada tulang haiwan gergasi berkenaan yang direkodkan pupus antara 10,000 ke 20,000 tahun lalu.

Gambar: Insider

“Kami menemui kira-kira 200 tulang mammoth, 25 tulang unta dan lima tulang kuda,” kata salah seorang ahli arkeologi, Rubén Manzanilla López dari Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan.

Menurutnya, mammoth yang dijumpai itu mungkin mati dan ‘terkubur’ secara semula jadi selepas haiwan tersebut dipercayai terperangkap di dalam lumpur di tasik tersebut.

Bagaimanapun dakwanya, tidak mustahil ia juga mungkin telah diukir semula oleh manusia seperti yang pernah berlaku di San Antonio Xahuento di sebuah perbandaran berdekatan Tultepec.

Dakwanya, hal berkenaan adalah kerana terdapat lubang buatan (di lokasi kejadian) yang mungkin telah digali oleh manusia terdahulu (ketika zaman itu) untuk menjerat haiwan gergasi tersebut.

Ujian turut djalankan ke atas tulang itu bagi mencari bukti ia mati disembelih. Tambahan pula, pasukan arkeologi itu menjumpai berpuluh-puluh alatan yang diperbuat daripada tulang haiwan tersebut.

Gambar: Insider

Selain itu, seorang ahli paleontologi, Joaquin Arroyo Cabrales berkata, “Tapak lapangan terbang itu menjadi tapak yang sangat penting untuk menguji hipotesis kepupusan haiwan itu dalam skala besar.

“Terdapat perdebatan di mana sebab yang berlakunya kepupusan haiwan ini, sama ada disebabkan perubahan iklim atau kehadiran manusia.

“Pada akhirnya, saya fikir keputusannya ialah terdapat kesan kaitan antara perubahan iklim dan kehadiran manusia,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang lagi ahli di syarikat Pengurusan Sumber Cogstone di California, Ashley Leger berkata, kematian mammoth secara semula jadi adalah sangat jarang berlaku.

Dalam pada itu, kapten tentera Mexico, Jesus Cantoral berkata, pihaknya akan berusaha memelihara tapak pembinaan – yang juga merupakan tapak ‘perkuburan mammoth’ itu dengan baik.

“Sebahagian besar tapak penggalian itu masih menunggu kajian terperinci. Pemerhati (seakan penyelia) perlu mengiringi backhoe dan jentolak setiap kali mereka ingin memecahkan tanah di tempat baru,” katanya

Untuk rekod, tapak ‘perkuburan’ mammoth itu merupakan penemuan tulang mammoth terbesar di dunia setakat ini selepas penemuan terdahulu di Hot Springs dengan mencatatkan kira-kira 61 set rangka tulang ditemui.

Sumber: Los Angeles Times

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.