Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ketahui 7 tujuh tanda dan gejala cacar monyet
Monkeypox atau cacar monyet telah menular di beberapa buah negara seperti Afrika dan beberapa lagi negara lain termasuk kes yang dilaporkan di Singapura baru-baru ini.
‘Monkeypox‘ merupakan sejenis jangkitan virus yang mempunyai beberapa persamaan dengan cacar air (smallpox).
Menurut sejarah awal virus ini, ia pertama kali ditemui dalam koloni monyet di Republik Demokratik Congo pada tahun 1958 dan jangkitan pertama kepada manusia dilaporkan pada tahun 1970.
Menurut Mirror, pakar melaporkan, dalam kebanyakan kes, pesakit akan mengalami gejala ringan dan akan sembuh hanya dalam beberapa minggu setelah dijangkiti.
“Hari ini, Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) telah mengesahkan satu lagi kes yang dipercayai dijangkiti virus itu di Nigeria.
“Pesakit tersebut kini berada di unit insolasi dan ditempatkan di unit penyakit berjangkit di Guy’s and St Thomas’ NHS Foundation Trust, London.
“Namun, UKHSA berkata risiko virus itu menular kepada populasi umum adalah rendah.
“Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), ‘monkeypox’ telah menyababkan satu kematian dalam 10 orang pesakit yang dijangkiti di Afrika,” lapor Mirror.
Menerusi laman sesawasang Kementerian Kesihatan Malaysia melalui info sihat, terdapat 7 tanda dan gejala utama cacar monyet yang menandakan seseorang itu telah dijangkiti virus ini dan kebanyakannya adalah sama dengan cacar air.
Antara tanda-tanda dan gejalanya adalah ruam timbul yang berisi cecair di seluruh badan, demam, keletihan, kelenjar limfa membengkak, sakit kepala, lenguh atau sakit otot dan sakit belakang.
Dalam pada itu, memetik Mirror, dalam tempoh masa satu hingga tiga hari selepas mengalami demam, pesakit biasanya akan mengalami ruam yang bermula di bahagian muka sebelum merebak ke bahagian badan yang lain.
Pada manusia, gejala ‘monkeypox‘ adalah sama dengan cacar biasa tapi kesannya lebih ringan daripada cacar yang biasa. Monkeypox bermula dengan demam, sakit kepala, sakit otot dan keletihan.
“Perbezaan utama antara gejala cacar dan ‘monkeypox‘ ialah kelenjar limfa akan membengkak yang tidak berlaku pada cacar air.
“Selain itu, tempoh inkubasi untuk ‘monkeypox’ adalah tujuh hingga 14 hari namun boleh juga berlaku dalam tempoh lima hingga 21 hari,” jelas CDC, lapor Mirror.
