Siakap Keli
iOS 16
Gambar: Wiser.my

Apple Dah ‘Update’, Ini Senarai 18 Model iPhone Yang Menyokong Kemas Kini iOS 16

Syarikat Apple mengumumkan bahawa mereka bakal menaik taraf sistemnya, dari iOS 15 kepada iOS 16 pada perantinya dalam satu ucapan di Apple Worldwide Developers Conference (WWDC) 2022  6 Jun, kelmarin.

Namun, terdapat sesetengah peranti keluaran syarikat itu yang dianggap tidak lagi menerima kemas kini terbaru. Perkara itu telah disahkan bahawa iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPhone SE Dan iPhone 7 tidak menerima kemas kini terbaru itu.

Walau bagaimanapun, masih banyak peranti Apple yang akan menerima kebaikan daripada sistem terbaru itu. Difahamkan terbanyak penambahbaikan yang dilakukan oleh Apple untuk terus melangkah ke hadapan.

Jadi, apa sebenarnya kelebihan disebalik sistem terbaru yang bakal diperkenalkan oleh pihak Apple ini?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian yang penuh manfaat yang dibawakan oleh Wiser.my

Ini Senarai Model iPhone Yang Menyokong Kemas Kini iOS 16

Usai sudah acara Apple WWDC bagi tahun ini. Pasti ada perasaan bercampur-baur. Khususnya bagi iOS 16. Mungkin kita disajikan dengan paparan kekunci (lock screen) serba baharu tetapi tidak banyak penambahan lain.

Apa-apa pun, yang penting adalah model iPhone manakah yang “layak” untuk menjalankan iOS 16 tersebut?

Berdasarkan laman rasmi Apple, hanya iPhone SE generasi ke-2 dan ke atas sahaja bakal menerima kemas kini iOS 16. Ini bermakna, siri iPhone 7, iPhone SE gen-1 dan iPhone 6s secara tidak langsung sudah terkeluar dalam “liga”.

iOS 16
Gambar: Wiser.my

Berikut adalah senarai penuh model iPhone yang menerima sokongan iOS 16 termasuklah iPhone SE Gen-2,  iPhone SE Gen-3, iPhone 8, 8 Plus, iPhone X, iPhone XS, XS Max, iPhone XR, iPhone 11, 11 Pro, 11 Pro Max, iPhone 12, 12 mini, 12 Pro, 12 Pro Max, iPhone 13, 13 mini, 13 Pro dan 13 Pro Max. 

iOS 16 Rasmi, Ini Apa Yang Diumumkan Selain ‘Lockscreen’ Baharu

iOS 16 menjadi perkara pertama diumumkan dalam WWDC 2022.

Apa yang baharu dalam locksreen ialah pengguna kini boleh memilih font daripada barisan font terpilih (seperti pada Pixel) dan menambah widget.

iOS 16
Gambar: Wiser.my

Ini bermakna anda tidak lagi perlu menyahkunci skrin untuk melihat atau menggunakan widget.

Bagi notifikasi pula, perubahan besarnya ialah dalam iOS 16, ia akan muncul daripada bawah. Ini akan menjadi salah satu perubahan besar dialami pengguna iPhone.

iOS 16
Gambar: Wiser.my

Untuk mod Focus, ia diintegrasikan dengan wallpaper di mana wallpaper akan berubah berdasarkan mod fokus.

iOS 16
Gambar: Wiser.my

Selain itu, tukar wallpaper boleh tentukan jenis mod fokus ditetapkan.

iOS 16
Gambar: Wiser.my

Tab dalam Safari juga boleh dikonfigurasi berdasarkan mod fokus dipilih.

Untuk Messages, kelak anda boleh sunting mesej yang dihantar melalui Messages. Ini bermakna anda boleh betulkan sebarang typo atau membetulkan ayat.

iOS 16
Gambar: Wiser.my

Bukan itu sahaja, malah ciri ‘Undo send‘ membenarkan anda menarik semula mesej yang telah dihantar. Ciri ini sama seperti ciri Unsend pada mesej di Instagram di mana pengguna lain tidak sedar akan kewujudan mesej dipadam tersebut.

iOS 16
Gambar: Wiser.my

SharePlay kini diintegrasi ke dalam aplikasi Messages di mana pengguna lebih mudah berkongsi apa yang sedang ditonton mereka.

iOS 16
Gambar: Wiser.my

Dengan ciri Live Text in Video, anda juga kini boleh menyalin teks semasa dalam video dengan menjedanya.

iOS 16
Gambar: Wiser.my

Apple Pay Later diperkenalkan di mana pengguna boleh ‘berhutang’ selama 6 minggu dengan sifar faedah dan ia boleh digunakan di semua yang menerima pembayaran Apple Pay.

Soal peta pula, Apple Map kelak akan menambah lagi 11 negara dan ia tidak termasuk Malaysia.

Bagi ciri Family Sharing, ibu bapa boleh menetapkan had umur, had masa dengan skrin dan lain-lain.

Dalam pada itu, anda boleh guna peranti lain untuk tetapkan siapa yang guna peranti lain dengan mudah, hanya bawa kedua-dua peranti dengan dekat.

iOS 16
Gambar: Wiser.my

Untuk aplikasi Photos, ciri baharu diperkenlkan ialah iCloud Shared Photo Library.

Ia terhad pada lima orang untuk menyertainya dan ahlinya bebas berkongsi apa-apa gambar dalamnya.

Butang khas dalam aplikasi kamera untuk terus kongsikan ke mana-mana library.

iOS 16
Gambar: Wiser.my

Ciri Safety Check, Dengan fokus untuk membantu mangsa hubungan abusif boleh menggunakan beberapa ciri yang mengehadkan penjejakan lokasi terhadap individu berbahaya pada mereka, melindungi akses mesej dan lain-lain.

iOS 16
Gambar: Wiser.my

CarPlay kini hadir dengan lebih banyak fungsi di mana ia memaparkan lebih banyak ciri dan maklumat pemanduan dan sebagainya.

Ia digabung bersama peralatan kereta jadi pengguna boleh mengubah suhu, menala audio dan sebagainya yang menjadikannya salah satu komponen penting dalam kereta, bukan hanya inforia.

Sumber: Wiser.my 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.