Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Apple gemini ai google
Kredit: AFP
Apple Pilih Gemini AI Google Untuk Kuasakan Siri

Sofea

Apple Pilih Gemini AI Google Untuk Kuasakan Siri

Syarikat teknologi gergasi, Apple dan Google mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama selama beberapa tahun, yang akan menyaksikan ciri kecerdasan buatan (AI) generasi baharu Apple, termasuk Siri, dikuasakan oleh teknologi Gemini milik Google.

Memetik laporan AFP, kerjasama ini menandakan perubahan ketara bagi Apple, yang secara tradisinya membangunkan teknologi terasnya secara dalaman.

Dalam satu kenyataan, Apple menyatakan bahawa pihaknya memilih teknologi AI Google selepas melakukan penilaian yang teliti. Menurutnya, AI Google menyediakan asas yang paling berkemampuan untuk merealisasikan cita-cita AI Apple.

Pengumuman berkenaan merupakan satu pakatan jarang berlaku antara dua syarikat yang sekian lama bersaing dalam pasaran telefon pintar, di mana sistem operasi iOS milik Apple dan Android milik Google mendominasi pasaran global.

Pun begitu, kedua-dua pesaing itu telah lama mengekalkan kerjasama yang menguntungkan, dengan Google membayar Apple berbilion dolar setiap tahun untuk kekal sebagai enjin carian lalai pada iPhone dan peranti Apple yang lain.

Dalam pada itu, Apple dilaporkan turut mempertimbangkan kerjasama dengan OpenAI, Anthropic dan Perplexity.

BACA JUGA: iPhone Generasi Pertama Belum Pernah Guna Bakal Dilelong, Harga Diramal Cecah RM200,000

Butiran kewangan perjanjian AI itu tidak didedahkan, namun berita kerjasama tersebut mendorong harga saham syarikat induk Google, Alphabet, melepasi paras nilai pasaran AS$4 trilion buat pertama kali.

Penganalisis Wedbush Securities, Dan Ives, berkata kerjasama itu merupakan detik pengesahan besar buat Google serta ‘batu loncatan’ untuk Apple menyusun semula strategi AI mereka sehingga 2026 dan seterusnya.

Kredit: AFP

Apple secara umum dilihat terlewat dalam usaha melancarkan keupayaan AI merentas produknya. Pada Disember lalu, syarikat itu mengumumkan ketua pasukan kecerdasan buatannya meletakkan jawatan.

Tahun lalu, syarikat yang diasaskan oleh Steve Jobs itu turut menangguhkan pelancaran pembantu digital Siri versi dipertingkatkan dan kini menjanjikan ia akan diperkenalkan lewat tahun ini.

Google, Microsoft, OpenAI serta pesaing teknologi lain giat melancarkan model dan ciri AI yang semakin canggih dalam perlumbaan sengit untuk menerajui sektor berkenaan.

Walaupun menjalin kerjasama, Apple menegaskan sistem AI dalaman mereka, Apple Intelligence, akan terus digunakan untuk menggerakkan iPhone dan iPad pada peringkat peranti sahaja, sambil mengekalkan apa yang disifatkannya sebagai piawaian privasi bertaraf industri terunggul.

Sumber: AFP