Siakap Keli
ditemui 'bersarang' di bawah sinki
Gambar: Now This News

Baru Masuk Rumah Baharu, Keluarga Digemparkan Dengan Penemuan Sarang ‘King Cobra’ Bawah Sinki

Sebuah keluarga di Thailand gempar selepas seekor ular tedung sepanjang lima kaki ditemui ‘bersarang’ di bawah sinki di dalam rumah yang baru sahaja didiami oleh mereka.

Menurut Now This News, ular tedung tersebut dipercayai telah lama tinggal di dalam sinki bilik air itu sebelum ditemui oleh keluarga tersebut yang baru berpindah ke rumah berkenaan.

Dalam video yang dikongsikan di Facebook, ular tedung besar itu dilihat sedang melingkar di dalam sinki.

Ia berjaya dikeluarkan dan dialihkan ke lokasi yang lain oleh penyelamat.

Bagaimanapun, tiada sesiapa yang dilaporkan tercedera dalam kejadian tersebut.

Sehingga kini, video tersebut telah menjadi tular dan mendapat sebanyak 12 ribu tontonan di Facebook.

https://www.facebook.com/watch/?v=4955382831254447

Terdahulu, lebih daripada 100 ekor anak ular dilaporkan telah ditemui di dalam pembetung di wilayah Chon Buri, timur Thailand.

Kesemua anak ular itu dipercayai ‘bersarang’ di dalam pembetung yang dipenuhi air banjir susulan daripada limpahan air dari empangan “Ang Kep Nam Nong Nam Kiao” atau “The Green Reservoir”.

Portal The Thaiger melaporkan bahawa anak-anak ular itu telah ditangkap dan dilepaskan semula ke persekitaran semula jadi.

BACA: Ngeri, Lebih 100 Ekor Anak Ular Ditemui Dalam Pembetung

Sumber: Now This News

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.