Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ngeri, Lebih 100 Ekor Anak Ular Ditemui Dalam Pembetung

Sofea
anak ular
Gambar Via The Thaiger

Lebih daripada 100 ekor anak ular dilaporkan telah ditemui di dalam pembetung di wilayah Chon Buri, timur Thailand.

Memetik laporan The Thaiger, kesemua anak ular itu telah ditangkap dan dilepaskan semula ke persekitaran semula jadi.

Difahamkan, kesemua ular itu bersarang di dalam pembetung yang dipenuhi air banjir susulan daripada limpahan air dari empangan “Ang Kep Nam Nong Nam Kiao” atau “The Green Reservoir” di wilayah Chon Buri.

Menerusi video dan gambar yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, anak ular tersebut berenang berhampiran permukaan pembetung.

Beberapa orang lelaki dilihat dengan berani mengeluarkan anak-anak ular tersebut dengan menggunakan tangan mereka.

Pada awalnya reptilia itu kelihatan seperti ular tedung tetapi ia sebenarnya ular jenis keelback berbintik kuning muda.

Ia tidak berbisa dan tidak berbahaya kepada manusia serta merupakan ular separa akuatik yang mendiami tasik, kolam, paya dan sawah yang ditenggelami air.

Sumber: The Thaiger