Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ular Gergasi Seberat 70kg Ditemui Di Sepang, 10 Individu Dewasa Berganding Bahu Menangkapnya

ular
Gambar: Threads @shinnchannn__

Penemuan seekor ular seberat 70 kilogram (kg) di kawasan tempat letak kenderaan di Labu Lanjut, Sepang, tengah malam tadi mengundang kebimbangan orang ramai.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @shinnchannn__, seramai 10 individu dewasa dilaporkan berusaha menangkap reptilia berkenaan.

Individu itu turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati hati, khususnya ketika berada di kawasan yang mempunyai rumput tebal dan semak samun.

“Minta hati hati semua. Jangan bagi anak main dekat rumput tebal. Sekarang ni tengah musim ular mengawan,” katanya.

Gambar: Threads @shinnchannn__

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata rata meluahkan rasa bimbang dan gementar melihat saiz ular berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna, diesyalicious.cakes mengakui berasa seram melihat pergerakan ular itu.

“Meremang terus tengok dia berbelit belit tu,” katanya.

Seorang lagi pengguna, sya.ree_ pula berkata saiz ular berkenaan boleh membuatkan seseorang berasa takut untuk mendekatinya.

“Kalau besar macam ni memang kecut perut nak tolong,” komen pengguna itu.

Sementara itu, usernyna_ berkongsi pengalaman berdepan situasi cemas apabila seekor ular pernah memasuki biliknya.

Katanya, ular berkenaan berada di bawah katil ketika dia menunggu bantuan bomba tiba.

“Minggu lepas terperangkap dengan ular dalam bilik, besar juga. Tunggu bomba sampai, ular dah masuk bawah katil,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, syafinafc pula sempat berseloroh mengenai seorang wanita yang dilihat masih tenang menggunakan telefon bimbit ketika kejadian.

“Makcik ni masih santai main telefon,” katanya.

Insiden itu turut menjadi peringatan kepada orang ramai supaya berwaspada ketika berada di kawasan bersemak atau berumput tebal.

Sekiranya terserempak dengan ular, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menghampiri atau cuba menangkapnya sendiri. Sebaliknya, jauhi kawasan berkenaan dan hubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Sumber:Threads
Intipati
  • Seekor ular seberat 70 kilogram ditemui di kawasan letak kenderaan Labu Lanjut, Sepang.
  • Perkongsian pengguna Threads melaporkan 10 individu dewasa berusaha menangkap reptilia besar berkenaan.
  • Orang ramai dinasihatkan menjauhi ular dan menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan