Siakap Keli
perayaan obon matsuri
Gambar via Zunita Ramli

Kenali ‘Obon Matsuri’, Wanita Kongsi Perayaan Orang Mati Di Jepun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kenali Obon Matsuri, sejenis perayaan orang mati yang disambut oleh penganut agama Buddha di negara matahari terbit, iaitu Jepun.

*Penafian: Artikel ini adalah perkongsian pengalaman mengenai budaya dan kepercayaan masyarakat di Jepun oleh warga Malaysia di sana semata-mata.

Setiap kaum mempunyai adat yang unik dan tersendiri apabila melibatkan kematian mengikut kepercayaan masing-masing. Bukan sahaja kematian, perayaan-perayaan lain juga disambut dengan cara tersendiri.

Begitu juga dengan masyarakat Jepun yang beragama Buddha. Mereka mengadakan upacara unik digelar sebagai Obon Matsuri, iaitu sebuah perayaan  tanda penghormatan buat nenek moyang mereka yang telah mati yang disulami tarian.

Obon Matsuri telah diadakan sejak 500 tahun yang lalu. Menurut kepercayaan mereka, ‘nenek moyang’ yang telah mati akan pulang ke rumah masing-masing sepanjang tempoh perayaan ini berlangsung.

Mengupas lanjut berkaitan perkara ini, kami kongsikan catatan daripada seorang rakyat Malaysia yang menetap di Jepun melalui laman Facebook miliknya, Zunita Ramli yang menjelaskan dengan lebih terperinci.

Menurut Zunita, perayaan ini juga turut disebut sebagai ‘perayaan orang mati’. Ikuti perkongsiannya yang telah kami sertakan di bawah sebagai penambahan ilmu tentang budaya daripada kaum berbeza.

Perayaan Orang Mati (Festival of the Dead) atau lebih dikenali “Obon Matsuri”

Perayaan Orang Mati (Festival of the Dead), atau lebih dikenali sebagai “Obon Matsuri” adalah perayaan orang Jepun Buddha (Japanese Buddhist) bagi menghormati nenek moyang yang telah mati.

Obon Matsuri ini telah diraikan di Jepun sejak lebih 500 tahun dahulu di mana nenek moyang yang telah mati dipercayai akan “pulang” ke rumah masing-masing di sepanjang perayaan ini.

Gambar via Zunita Ramli
Gambar via Zunita Ramli

Perayaan ini biasanya berlangsung selama 3 hari, iaitu pada hari ke 13, 14 dan 15 pada bulan ke-7 mengikut kalendar solar. Tarikh rasmi Hari Obon adalah pada 13-15 Ogos, tetapi ianya berbeza mengikut tempat-tempat tertentu di Jepun.

Semasa perayaan ini, ahli keluarga berkumpul di rumah dan memberikan “offering” pada nenek moyang yang “pulang”. Mereka juga biasanya melawat dan membersihkan kubur sambil berdoa.

Api juga dinyalakan untuk “guide” nenek moyang “pulang” ke rumah dan pada hari terakhir perayaan, tanglung kertas (coachin paper lantern) di gantung bagi membantu nenek moyang pulang ke kubur masing-masing. Tetapi ada juga yang menggunakan tanglung terapung (floating lanterns) dan dilepaskan ke laut untuk membantu nenek moyang “kembali” ke langit.

Gambar via Zunita Ramli
Gambar via Zunita Ramli

Sejarah menyatakan Obon Matsuri ini berasal dari Ghost Festival di China, di mana ianya adalah kombinasi Buddhist Ullambana dan Taoist Zhongyuan. Obon adalah singkatan dari perkataan Ullambana yang bermaksud “tergantung terbalik”, sebagai simbol penderitaan.

Kisahnya berasal apabila seorang penuntut Buddha, bernama Maha Maudgalyayana (Mokuren) telah melihat roh ibunya telah terjatuh ke alam Hantu Lapar dan menderita. Dia kemudiannya meminta pendapat gurunya, Buddha yang kemudiannya mengarahkan untuk memberikan hadiah atau “offering” kepada seberapa ramai sami Buddha yang baru saja tamat kem musim panas pada hari ke-15, bulan ke-7.

Selepas Mokuren melakukan apa yang disuruh oleh Buddha, dia dapati ibunya telah dilepaskan oleh Hantu Lapar. Oleh kerana terlalu gembira, Mokuren menari kegembiraan dan teringat pengorbanan ibunya semasa hidup. Ini seterusnya menjadi “Bon Odori” atau bermaksud “Tarian Bon” di mana tarian ini dimainkan semasa Perayaan Obon sebagai simbol penghargaan terhadap pengorbanan nenek moyang mereka semasa hidup. Begitulah.

Gambar via Zunita Ramli

Sumber: Zunita Ramli (Facebook)

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: