Siakap Keli
tifo ultras malaya
Gambar: Bernama/Ultramaniatics

Ada Mesej Tersirat, Ini Maksud Tifo Yang Dinaikkan Ultras Malaya Semalam

Sokongan tanpa berbelah bagi, ada mesej tersirat menerusi tifo Ultras Malaya untuk pasukan bola sepak negara.

Semalam negara meraikan kemenangan pertama pasukan bola sepak negara dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2023 setelah berjaya menewaskan Turkmenistan dengan jaringan 3-1.

Pasukan negara meraih kemenangan bergaya dengan ketiga-tiga jaringan disumbangkan pada separuh masa pertama.

Ia sekaligus menjadi penanda aras baik untuk mereka menghadapi perlawanan-perlawanan yang seterusnya dalam pertandingan tersebut.

Dalam pada itu, sorakan gemuruh 21,000 penyokong Malaysia termasuk Ultras Malaya telah ‘menggegarkan’ Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Malah, sokongan yang diberikan oleh mereka itu juga turut dipuji oleh Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan Gon.

Sementara itu, mesej yang diberikan oleh Ultras Malaya menerusi tifo gergasi yang dinaikkan di stadium juga telah menarik perhatian ramai.

Dengan imej  tengkorak bertali leher dan tangan yang menunjukkan nombor 7 dan 9, pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai maksud di sebalik paparan koreografi tersebut.

Untuk mengetahuinya, mari ikuti perkongsian seorang pengguna Twitter, @_amyary yang menerangkan satu persatu mesej di dalam tifo tersebut.

Ini adalah maksud tifo UM semalam:

Bola bermata 7 dan 9: 7 mata atau 9 mata yang diperlukan untuk kita layak secara merit ke Piala Asia. Tiada jumlah mata lain yang kita perlukan. Sama ada 7 atau 9 sahaja.

Bola warna biru dan merah: minimum (biru) dan maksimum (merah)

Rupa tengkorak bertali leher hitam kuning dan otak bola: sampai dah mereput kita sebagai penyokong Malaysia memikirkan tentang bola sepak Malaysia untuk layak secara merit ke Piala Asia dan Piala Dunia.

Padang bola hijau: jumlah mata minimum dan maksimum harus diterjemahkan/dibuktikan di dalam padang bukan sekadar berteori/ berkata-kata.

Logo Piala Asia: matlamat perjuangan kali ini adalah untuk layak ke Piala Asia 2023.

Banner Its Do Or Die, No Excuses… Wake Up Harimau Malaya: Piala Asia wajib kita layak untuk kali ini dan janganlah terus bermimpi.

Kredit kepada Sharp DC, salah seorang arkitek dalam kejuruteraan dan pembinaan tifo ni.

BACA: Kelayakan Piala Asia: Malaysia Mula Langkah Kanan, Berjaya Jinakkan Turkmenistan 3-1

Sumber: _amyary

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.