Siakap Keli
jual peluh berharga rm2k
Gambar Via Us Weekly

Berhenti Jual Kentut, ‘Influencer’ Ini Nekad Jual Peluh Payudara Berharga RM2K Sebalang

Stephanie Matto sekali lagi raih perhatian ramai lepas dedah jual peluh berharga RM2K di Instagram miliknya baru-baru ini

Beberapa bulan yang lalu, pempengaruh terkenal dari Amerika Syarikat, Stephanie Matto menjadi tular di media sosial selepas mendakwa bahawa dia meraih pendapatan dengan menjual kentutnya di dalam balang.

Terbaru, bekas bintang realiti TV itu kini dilaporkan sedang giat menjual peluh payudaranya.

Memetik laporan First Post, Matto telah mendedahkan perkara tersebut melalui laman Instagram miliknya.

Menurutnya, dia sedang menjual peluh miliknya dengan harga USD500 (RM2,197) sebalang.

Dia juga telah memuat naik satu video yang menunjukkan bagaimana peluh itu dikumpul olehnya di dalam balang.

Menurut laporan, Matto didakwa telah meraih pendapatan sebanyak USD5,000 (RM21,977) sehari dengan menjual peluh itu di laman web miliknya.

Malah, dia juga didakwa mampu menghasilkan 10 balang peluh ketika cuaca panas.

Terdahulu, Matto pernah mendedahkan bahawa dia tidak lagi menjual kentutnya kerana dia kini sedang mengamalkan diet tinggi serat termasuk hanya makan kacang dan telur.

Keadaan itu menyebabkan dia mengalami sakit dada dan mengeluarkan gas yang berlebihan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Matto mula mendapat populariti selepas muncul dalam rancangan realiti TV, ’90 Day Fiance’ pada tahun 2020.

BACA: Pendapatan Cecah RM212k Seminggu, Wanita Ini Jual Kentut Sendiri Di Dalam Balang, Siap Pernah Diskaun 50%

Sumber: First Post

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.