Siakap Keli
perbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun
Kredit- Infoawam

Pemegang Lesen Memandu Perlu Perbaharui Lesen Sebelum 30 Jun – JPJ

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengingatkan semua empat jenis pemegang lesen memandu Malaysia (LLM) yang telah tamat tempoh bermula 13 Januari 2021 untuk perbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun 2022.

Antara lesen yang dimaksudkan itu adalah Lesen Belajar Memandu (LDL), Lesen Memandu Kompeten (CDL), dan Lesen Vokasional (PSV/GDL).

Makluman peringatan perbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun itu telah dimuat naik menerusi sebuah hantaran di laman akaun rasmi Facebook JPJ.

Peringatan itu dibuat sejajar dengan tarikh akhir moratorium yang bakal berakhir 30 Jun ini.

Orang ramai diingatkan untuk memperbaharui lesen masing-masing yang telah tamat tempoh untuk mengelakkan sebarang denda yang tidak diingini.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

Nurfatihah Shahirah Azzuddin