Siakap Keli
proton lancar x70 2022
Gambar: Facebook Proton Cars

PROTON Lancar X70 2022, Dilengkapi Pengecas Turbo & Ciri-ciri Baharu

PROTON lancar X70 2022, satu lagi langkah kanan syarikat kereta tempatan ini dalam menerajui dunia automotif tanah air.

Syarikat pengeluar kereta negara, PROTON telah melancarkan model keluaran terbaru iaitu X70 edisi 2022 dengan pelbagai ciri-ciri baharu.

Pelancaran model baharu itu diumumkan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya hari ini.

“PROTON telah melancarkan PROTON X70 2022 dengan pilihan enjin baharu dan ciri-ciri yang diperbaharui.

“SUV Segmen C paling laris di Malaysia ini diperkenalkan dengan enjin suntikan terus 1.5L TGDi yang dilengkapi dengan pengecas turbo.

“(Ia) sebagai alternatif kompak baharu kepada enjin 1.8L TDGi serta menawarkan peningkatan prestasi dalam penggunaan bahan api untuk pembeli SUV,” maklum Proton dalam kenyataan itu.

Difahamkan, kereta segmen C memang tidak dinafikan laris di pasaran Malaysia kerana mempunyai keluasan yang lebih besar berbanding segmen A dan Segmen B.

Tambahan pula, ia juga sesuai dijadikan kereta untuk seisi keluarga. Dalam model kereta terbaru ini, Proton memperagakan bentuk luaran dan dalaman yang lebih elegant. 

Ia bagi memastikan pengguna merasai pemanduan yang lebih baik dan selesa.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai model terbaru keluaran kali ini, anda boleh pergi ke laman web rasmi PROTON.

Untuk pengetahuan, PROTON merupakan syarikat pengeluar kereta pertama di Malaysia pada tahun 1985. Ia merupakan cetusan idea daripada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad.

Sumber: Proton Cars

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.