Siakap Keli

Biar Betul, Baru Keluar Modal RM20 Terus Ada Orang ‘Offer’ Nak Bagi iPhone 13

Biasanya orang anggap, kalau yang pakai iPhone ni mesti golongan ‘kayangan’, betul tak? Mana taknya, harganya bukan calang-calang, setanding betul dengan kualitinya. Bagi orang yang memang ‘have-have’, takda masalah pun nak beli iPhone. Tapi orang biasa-biasa mungkin kena menabung lebih sikit selama beberapa bulan.

Sebenarnya persepsi tu mungkin dah tak boleh pakai lagi zaman sekarang. Hari ini semua benda dah ada di hujung jari. iPhone yang dianggap hanya layak dipakai oleh ‘kayangan’ kini dah boleh dimiliki oleh semua orang. Ada yang beli secara kontrak dengan syarikat telco, ada juga yang bayar ansuran lepas beli menggunakan kad kredit.

Tapi anda pernah tahu tak macam mana cara nak berpeluang dapatkan iPhone dengan lebih mudah hanya ‘bermodalkan’ RM20 sahaja? Anda tak perlu pening kepala lagi nak menabung bertahun-tahun untuk ‘sebijik’ iPhone.

Rupa-rupanya hanya dengan membuka akaun AmBank di aplikasi AmOnline saja, anda berpeluang memenangi sebuah iPhone 13 serta pelbagai lagi hadiah termasuklah gold bar 999, Porsche Macan dan BMW 320i Sport yang menanti anda.

Kalau anda nak tahu, AmBank kini nak ajak anda beramai-ramai untuk membuka akaun secara online menerusi aplikasi AmOnline. Menariknya, terdapat lima jenis akaun yang boleh anda pilih bagi tujuan yang pelbagai seperti Akaun Semasa AmPartner, Akaun Simpanan/-i eFlex, Akaun Penyimpan TRUE/-i, Akaun Simpanan-i AmWafeeq dan Akaun Semasa/-i AmStar.

Tapi, apa kaitannya buka akaun di AmOnline dengan iPhone tadi?

Dengan membuka akaun secara online menerusi aplikasi AmOnline, anda berpeluang untuk menikmati lima jenis kelebihan seperti berikut:

1. Cabutan bertuah: Sebaik saja anda buka akaun, hadiah istimewa berupa iPhone 13 bakal menjadi milik anda. Tak cukup iPhone, anda juga berpeluang memenangi  jongkong emas 999

2. Kemudahan Perbankan Islam dan ATM di AmBank di seluruh negara

3. Pengeluaran wang tunai tanpa had

4. 8x pengeluaran wang tunai di MEPS secara percuma selama sebulan

5. Deposit buka akaun rendah minimum RM20 (aplikasi AmOnline) 

Jadi nak buka akaun mana satu ni?

AmBank menawarkan LIMA jenis akaun berbeza yang anda boleh pilih mengikut keperluan masing-masing. Yang menariknya, bukan buka ‘kosong’ saja. Setiap satu daripada akaun ini akan ada pulangan hebat untuk anda semula. 

Akaun Semasa AmPartner: Dapatkan sehingga RM115 apabila anda buka akaun semasa AmPartner dan boleh juga tebus mata ganjaran Bonuslink kepada tunai melalui aplikasi AmOnline.

Akaun Simpanan/-i eFlex: Dapatkan kadar faedah/keuntungan yang setara dengan deposit tetap/deposit bertempoh. 

Akaun Penyimpan TRUE/-i: Dapatkan sehingga 6.25% setahun apabila anda membayar deposit. 

Akaun Simpanan-i AmWafeeq: Buka saja akaun ini untuk peluang memenangi  kereta ‘supercar’ Porsche Macan, BMW 320i Sport dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda.

Akaun Semasa/-i AmStar: Anda bakal menerima kadar keuntungan sehingga 2.25% .

Cara buka akaun dan guna kod rujukan 

Senang saja.  Mula-mula muat turun aplikasi AmOnline, kemudian pilih jenis akaun yang anda nak buka dan isikan maklumat yang diperlukan. Sila ambil gambar secara selfie, imbas juga kad pengenalan anda dan penuhkan ruang maklumat mengenai pekerjaan.  Pindahkan deposit sekurang-kurangnya sebanyak RM20 menerusi FPX. Akhir sekali, create ID pengguna AmOnline dan kata laluan anda. Selesai!

Oh ye, pastikan anda gunakan referral code AMONLINE ya! Segala promosi yang ditawarkan turut tertakluk kepada terma dan syarat. Untuk kefahaman lebih lanjut, jangan lupa layari laman web AmBank, Facebook, Instagram dan Twitter.

Jadi apa tunggu lagi, jangan sia-siakan peluang untuk memenangi hadiah terbaik berupa iPhone, jongkong emas, kereta mewah dan sebagainya dengan membuka akaun di AmOnline di sini SEKARANG!

Untuk pengguna Huawei, anda boleh muat turun aplikasi AmOnline di Huawei App Gallery di sini.



Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.