Siakap Keli
lampu kabin dimalapkan pesawat berlepas mendarat
Sumber: Google/ zarulumbrella

Bukan Saja-saja, Ini Sebab Lampu Kabin Dimalapkan Ketika Berlepas & Mendarat Waktu Malam

Kadang-kadang apabila kita naik kapal terbang, pasti ada beberapa standard procedures atau peraturan yang harus kita patuhi untuk tujuan keselamatan kita seperti kabin lampu kabin dimalapkan saat pesawat berlepas dan mendarat waktu malam.

Contoh peraturan mudah yang lain dan diketahui adalah tidak boleh merokok, memasang tali pinggang keledar dan lain-lain lagi. Peraturan-peraturan seperti itu adalah peraturan yang tidak tersirat di mana kita tahu mengapa perlu membuat sedemikian.

Namun begitu, ada juga beberapa prosedur yang menjadi tanda tanya yang tidak dapat dijelaskan kerana kita sebagai penumpang langsung tidak mempunyai idea kenapa ianya perlu dilakukan.

Berbalik kepada persoalan kenapa lampu kabin dimalapkan saat kapal berlepas dan mendarat waktu malam, adalah antara prosedur yang membingungkan kita semua.

Menerusi satu perkongsian di media sosial oleh Zarul Umbrella melalui satu rakaman video, dia telah menjelaskan persoalan yang membuatkan orang ramai tertanya-tanya mengenai mengapa lampu kabin harus dimalapkan.

Menurutnya selaku bekas pramugara di Malaysia Airlines selama 17 tahun, lampu kabin perlu dimalapkan kerana ianya mempunyai kaitan dengan mata kita sendiri iaitu pada bahagian iris.

Mata manusia harus disuaikan dengan suasana yang berada di luar pesawat yang gelap supaya apabila kemalangan yang tidak diingini terjadi, mata tersebut sudah bersedia untuk menghadapi situasi tersebut.

Ini penting bagi mengelakkan perubahan mendadak kepada frekuensi kemasukan cahaya ke dalam mata yang boleh menyebabkan penglihatan menjadi kabur sementara. Selain itu, hal ini juga adalah bagi menghindarkan diri kita dari berpinar mata jika lampu dinyalakan.

Oleh sebab itu, lampu kabin akan dimalapkan apabila kapal terbang tersebut akan mendarat.

BACA: Elon Musk Rancang Bina 1,000 ‘Bahtera Nuh Moden’, Mahu Angkut 1 Juta Manusia Ke Marikh

Sumber: Zarul Umbrella

Nurul Nazihah