Siakap Keli
musk 'bahtera nuh moden'
Gambar: Space x

Elon Musk Rancang Bina 1,000 ‘Bahtera Nuh Moden’, Mahu Angkut 1 Juta Manusia Ke Marikh

Manusia terkaya di dunia, yang juga pemilik SpaceX dan Tesla, Elon Musk merancang untuk membina 1,000 ‘Bahtera Nuh Moden’ dimana ia akan digunakan bagi mengangkut satu juta manusia k Marikh.

Menurut laporan Bussiness Insider, Musk berkata dengan menjadikan manusia sebagai hidupan multiplanet, ia akan membantu untuk memelihara ekosistem Bumi dengan lebih baik. Beliau bagaimanapun mendedahkan selain hanya manusia, tiada spesis lain yang akan diangkut ke planet jiran tu.

Dinspirasikan daripada kisah agama, Musk berkata kapal angkasa itu diberi nama sebagai ‘Bahtera Nuh Moden’ kerana ia mendakwa ia mampu menyelamatkan manusia daripada pengakhirannya.

SpaceX dilapor membina kapal angkasa itu untuk mengangkut kargo dan manusia, bukan sahaja ke Bulan dan Marikh malah ke planet-planet lain.

Kapal berkenaan apabila siap kelak akan terdiri daripada dua bahagian iaitu, penggalak peringkat pertama yang dikenali sebagai Super Heavy dan bahagian atas kapal yang dikenali sebagai Starships.

Selain itu, Super Heavy dan Starships juga dirancang sebagai kenderaan yang boleh diguna semula. Ia akan diperkuatkan dengan enjin baharu yang dikenali sebagai Raptor. Dengan kebolehan untuk diguna semula, Musk berkata kos untuk program-program penjelajahan angkasa akan dapat dikurangkan.

Kapal angkasa milik SpaceX ini juga mendapat perhatian NASA yang merancang untuk menggunakan kenderaan tersebut bagi program Artemis, iaitu sebuah program untuk menghantar manusia ke bulan sekali lagi dalam beberapa tahun mendatang.

BACA: Mujur Tak Kudung, Lelaki ‘Cuak’ Tangan Tersangkut Dalam Sangkar Harimau

Sumber: Bussiness Insider

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.