Siakap Keli
'cuak' tangan tersangkut
Gambar: Utusan TV

Mujur Tak Kudung, Lelaki ‘Cuak’ Tangan Tersangkut Dalam Sangkar Harimau

Tular video lelaki ‘cuak’ tangan tersangkut pada sangkar harimau, raih dua juta tontonan di TikTok baru-baru ini

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan kejadian seorang lelaki di Indonesia telah ditarik oleh orang utan sehingga menyebabkan bajunya terkoyak.

Lelaki itu dipercayai sengaja melompat ke dalam kawasan kandang orang utan tersebut untuk menghasilkan kandungan video.

Terbaru, tular pula satu video yang hampir sama namun kali ini haiwannya adalah harimau dan ia dipercayai berlaku di Pakistan.

Walaupun tiada sebarang kecederaan yang berlaku, tetapi video memaparkan seorang lelaki dilihat ‘cuak’ dan cemas selepas tangannya tersangkut pada sangkar harimau telah meraih perhatian.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Utusan Tv di TikTok, lelaki itu pada awalnya dilihat sengaja memasukkan tangannya melalui besi sangkar itu, kononnya untuk menyentuh harimau tersebut.

Dia kelihatan teragak-agak untuk memasukkan tangannya, namun terpaksa memberanikan diri juga untuk menyentuh haiwan tersebut.

Bagaimanapun, lagaknya yang berani mula membawa padah apabila tangannya tersangkut pada sangkar itu.

Malah, wajahnya juga kelihatan bertukar menjadi pucat lesi.

Mujur harimau di dalam sangkar tersebut hanya duduk ‘bersantai’ dan tidak mengendahkan ‘kewujudannya’ di situ.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 2.1 juta tontonan di TikTok.

@utusantvofficial

Reply to @startinkerbell . Kalau gini cuak dak 🤣🤣🤣. Kejadian di Pakistan. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #TrendingNewsMalaysia

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Menjengah ke ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi termasuk berseloroh mengenai harimau tersebut.

Nasib tengah takde mood nak makan

'cuak' tangan tersangkut

Muka auto pucat

'cuak' tangan tersangkut

'cuak' tangan tersangkut

Nasib si rimau tak toleh belakang

'cuak' tangan tersangkut

'cuak' tangan tersangkut

BACA: Pemuda Ditarik Orang Utan Mohon Maaf, Mengaku Langgar Peraturan Zoo Demi ‘Content’

Sumber: Utusan TV

Sofea

There's always another side to every story