PAKISTAN – Gara-gara susah nak kencing, seorang lelaki nekad memasukkan wayar 18 cm ke dalam zakar sendiri.
Tindakan lelaki berusia 64 tahun dari Pakistan itu membawa padah kepada dirinya selepas wayar sepanjang 18cm yang dimasukkan ke dalam alat sulitnya itu tersekat.
Dia memberitahu pakar bedah di Hospital Abbasi Shaheed Karachi yang merawatnya bahawa dia telah memasukkan objek itu bagi membantunya membuang air kecil.
Lelaki tersebut menyatakan bahawa dia telah mengalami kesakitan dan kesukaran untuk membuang air kecil itu selama dua bulan sebelum bertindak sedemikian.
Menurut jurnal Urology Case Reports, doktor berkata mereka secara fizikalnya dapat merasakan wayar yang berada di dalam zakarnya apabila disentuh.
Imbasan X-ray mendapati bahawa wayar yang dimasukkan itu telah memanjang sehingga ke uretra dan pundi kencingnya.
Pakar bedah juga berkata, pada asalnya mereka merancang untuk memasukkan kamera ke dalam uretra lelaki itu bagi memeriksa wayar berkenaan.
Namun, mereka terlebih dahulu dapat melihat wayar tersebut dengan jelas melalui meatusnya – saluran air kencing.
Doktor kemudiannya menarik keluar objek itu dengan tangan menggunakan forsep.
Pakar perubatan melaporkan, pesakit tidak mengalami sebarang komplikasi semasa wayar tersebut berjaya dikeluarkan.
Doktor juga memberi amaran bahawa, memasukkan objek di dalam alat sulit boleh menyebabkan jangkitan, pendarahan dan pembentukan penyempitan, penyempitan uretra sekaligus menyekat aliran air kencing.
Jika objek tersekat ia boleh menyebabkan lebih banyak masalah, mulai dari rasa pedih, sukar untuk membuang air kecil dan masalah ereksi.
Bahkan, komplikasi yang lebih serius akan berlaku seperti pundi kencing berlubang, dan parut pada tiub yang membawa air kencing keluar dari badan di mana perkara tersebut memerlukan pembedahan rekonstruktif yang besar.
Penulis tidak jurnal itu tidak menyatakan berkenaan sama ada lelaki tersebut pernah ada sejarah memasukkan sebarang objek dalam kemaluannya atau tidak.
Mereka juga tidak memaklumkan berkenaan bilakah kes itu terjadi.
Walau bagaimanapun, mereka ada menyatakan bahawa lelaki tersebut sudah tidak aktif secara seksual selama tiga tahun.
Lazimnya, pesakit yang mempunyai objek yang tersangkut di dalam zakar ini kebiasannya teragak-agak untuk menghubungi doktor kerana perasaan bersalah atau malu.
Sumber: Daily Mail
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini