Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Ini Jumlah Harta Anda Kena Ada Untuk Masuk Golongan Elit 1 % Di Malaysia & Singapura

Menjadi salah seorang yang terkaya mungkin menjadi impian, majoriti kalau pun bukan semua, masyarakat di Malaysia. Namun, untuk sampai ke tahap itu, lebih-lebih lagi duduk dalam liga ‘orang kayangan’ atau golongan 1 % (peratus) di Malaysia dan Singapura bukanlah satu perkara yang mudah dan kebanyakan mereka yang menjadi kaya adalah mereka yang datang dari latar belakang perniagaan.

Jika kekayaan adalah apa yang anda mahukan dan bersama satu peratus barisan orang terkaya di Singapura dan Malaysia seperti Forrest Li, Robert Kuok dan Enrique Razon Jr adalah impian yang diidamkan, usaha dan tekad yang kuat untuk capai kekayaan tersebut perlu dilaksanakan dengan amat serius.

Menurut laporan data kekayaan 2021 dari Knight Frank, Singapura merupakan antara lokasi dengan kos kemasukan tertinggi dalam satu peratus tersebut.

Berada di tempat keempat selepas Monaco, A.S dan Switzerland, mereka yang tinggal di Singapura memerlukan sekurang-kurangnya AS$2.9 (RM 12.8 juta) untuk berada dalam golongan 1 % terkaya tempatan. 

Untuk konteks, di Monaco, anda memerlukan sekurang-kurangnya AS$7.9 (RM34.9 juta), manakala di Switzerland anda memerlukan AS$5.1 (RM22.5 juta) dan di Amerika Syarikat AS$4.4 juta (RM19.4 juta).

Manakala, Malaysia pula yang berada di tangga ke-19 di atas Rusia dan memerlukan RM2.26 juta untuk dianggap sebagai golongan elit 1 %. Sekiranya anda berada di Vietnam anda perlukan jumlah kekayaan sebanyak RM700,000 , Filipina dan Indonesia RM200,000.

Laporan itu juga telah mendedahkan jurang yang agak ketara diantara golongan kaya dan juga miskin 400 kali lebih banyak kepada Kenya ketika penularan wabak tempoh hari yang merupakan salah satu daripada 30 negara yang termiskin.

Semasa lebih dua juta orang yang jatuh miskin ketika wabak melanda tempoh hari, 500 individu di dunia telah berjaya mengumpul harta kekayaan lebih AS$1.8 trilion hanya pada tahun 2020 sahaja, menurut Indeks Billionaires Bloomberg.

Anatara yang mengetuai senarai ini iala Elon Musk dan juga Jeff Bezos. Menariknya, majoriti individu yang memegang ‘title’ ultra kaya berasal dari A.S.

Sementara itu, terdapat juga pertumbuhan kekayaan dalam kalangan orang dari negara Asia lain seperti China dan Hong Kong.

Fakta menarik

Kekayaan jutawan terkaya di Asia Pasifik berjumlah sehingga AS$2.7 trilion, menurut laporan dari Bloomberg.

Manakala menurut Knight Frank, kekayaan itu dijangka akan terus berkembang dari 2020 hingga 2025 dengan kadar 33 peratus daripada pertumbuhan itu datang dari India, Indonesia dan juga Singapura.

BACA: Penternak Di Thailand Dilapor Bagi Ayam Makan Ganja, Dakwa Nasi Ayam Jadi Lagi Sedap

Sumber: Knight Frank’s

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.