Siakap Keli
40 tiket terjual
Gambar via FAM

Kelayakan Piala Asia 2023: Terus Bertambah, 40,075 Tiket Perlawanan Malam Ini Terjual

Sebanyak 40,075 tiket perlawanan bola sepak Kelayakan Piala Asia membabitkan perlawanan Malaysia menentang Bangladesh dan Turkmenistan melawan Bahrain menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Walaupun begitu, menurut FAM juga tiket untuk menyaksikan tiga Perlawana Kelayakan Piala Asia 2023 iaitu Bahrain menentang Turkmenistan (5.15 petang ini) masih boleh dibeli begitu juga perlawanan Malaysia menentang Bangladesh pada malam ini jam 9.00 pm.

Menang atau kalah sudah menjadi adat dalam sebuah pertandingan, namun sudah pasti harapan rakyat, penyokong bola sepak dan pemain itu sendiri untuk lihat negara kita, tanah air kita, Malaysia memenangi perlawanan malam ini.

Apatah lagi, Malaysia sememangnya perlu menang malam ini sekiranya mahu layak ke Piala Asia 2023 dan ia bakal mencatatkan sejarah baharu bola sepak tanah air. Peluang keemasan ini sememangnya tidak boleh dilepaskan dan dengan kemeriahan serta debaran yang turut dirasai penyokong, besar harapan yang diletakkan di atas skuad Harimau Malaya.

Malaysia sebelum ini mencatatkan kemenangan 3-1 dalam perlawanan pertama menentang Turkmenistan, sebelum tewas tipis 1-2 ketika turun menentang Bahrain. Dalam kedua-dua perlawanan, skuad kebangsaan mempamerkan aksi yang cemerlang dengan corak permainan yang menarik dan menekan ke atas pasukan lawan. Jadi bagaimana pula dengan aksi malam ini?

Sama-sama kita nantikan dan memberi sokongan yang padu bagi memastikan Harimau Malaya mengaum ‘ganas’ menentang Bangladesh, demi negara yang tercinta.

https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/posts/718719839201255

BACA: Hamid Gurkha Meninggal Dunia

Sumber: FAM

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.