20 kontena barang termasuk yang berisi emas dan juga perak dilaporkan telah di curi oleh sekumpulan perompak yang lengkap bersenjata di pelabuhan barat Mexico, jelas pihak berkuasa semalam.
Menurut Mexico News Daily, rompakan 20 kontena oleh perompak bersenjata tersebut merupakan antara yang terbesar pernah berlaku di Mexico.
Menurut laporan awal, laporan dari akbar Reforma sekempulan perompak bersenjata yang terdiri diantara 12 hingga 15 orang terbabit tiba di premis syarikat Maniobras Alonso Mireles (MAM) pada awal pagi, 5 Jun yang lalu.
Sekumpulan lelaki itu difahamkan telah mengalahkan pengawal keselamatan yang mengawal kawasan tersebut sebelum bertindak mengurungnya bersama-sama dengan pekerja lain di sebuah bangsal, menurur laporan dari seumber Pengawal Kabangsaan, memetik Mexico News Daily.
Kemudian, mereka memecah masuk kira-kira 50 kontena perkapalan dan dipercayai telah memeriksa terlebih dahulu isi kandungan sebelum memuatkan 20 konten ke dalam trak lalu mengeluarkannya dari premis MAM.
Kontena yang dimuatkan dalam trak menggunkan jentera dari syarikat tersebut dipercayai mengandungi emas, perak dan zink secara pukal bersama-sama dengan televisyen. Jumlah nilai keseluruhan yang telah dicuri masih tidak dapat dipastikan.
Rompakan tersebut dianggap yang terbesar pernah berlaku kerana mengambil masa lebih kurang 10 jam untuk diselesaikan, tidak semua 20 kontena itu dialihkan sekaligus.
Pihak berkuasa tidak menerima apa-apa laporan mengenai rompakan tersebut sehingga jam 10 pagi ketika itu semua rompakan sudah selesai dilakukan.
Kontena penghantaran dijalankan selama 24 jam menyebabkan tidak berlaku syak wasangka ketika perompak-perompak itu melakukan jenayah mereka.
Difahamkan, pelabuhan pantai Pasifik merupakan yang paling sibuk di Mexico yang telah mengendalikan 3.37 juta TEU menurut rekod (seunit bersamaan 20 kaki) pada tahun 2021.
Sumber: Kosmo, Mexico Daily News