Beberapa komuniti penternak ayam di Thailand dilapor menggantikan penggunaan antibiotik dengan memberi makan ganja untuk memastikan haiwan ternakan mereka lebih sihat dan kuat.
Eksperimen itu telah dijalankan oleh sebuah komuniti petani di Lampang, Utara Thailand dengan kerjasama Fakulti Pertanian, Universiti Chiang Mai. Penggunaan ganja dikatakan mampu meningkatkan kualiti daging dan telur ayam.
Menurut laporan Mothership.sg, ayam-ayam berkenaan kemudiannya digunakan dalam penyediaan nasi ayam dan mendakwa ramai pelanggan memuji bahawa ia mempunyai rasa yang lebih enak.
Komuniti penternak ini dilaporkan memilih penggunaan kanabis selepas haiwan ternakan mereka masih mengalami masalah kesihatan seperti bronkitis avian biarpun sudah diberikan antibiotik.
Hasil kajian menunjukkan bahawa ayam berkenaan dilaporkan mempunyi imun yang lebih tinggi terhadap penyakit selepas memberi tindak balas yang positif terhadap penggunaan ganja dan juga dikatakan lebih berdaya tahan dengan cuaca sekeliling.
Mereka kemudiannya memustuskan untuk menghentikan penggunaan antibiotik dan memberi tumpuan kepada penggunaan ganja dalam merawat penyakit yang dialami ayam ternakan.
Presiden Majlis Peladang Kebangsaan Prapat Panyachatrak berkata memberi ganja kepada ayam juga membantu meningkatkan nilai komersial produk ayam.
Penternak-penternak dilapor mampu menjual daging ayam segar yang diberi ganja pada harga RM 12.64 sekilogram dan telurnya pula dijual pada harga RM 0.76 sebiji.
Dia juga memberi amaran dengan mendakwa bahawa ayam yang diberi antibiotik adalah tidak selamat untuk dimakan oleh manusia.
BACA: Kelayakan Piala Asia 2023: Terus Bertambah, 40,075 Tiket Perlawanan Malam Ini Terjual
Sumber: Mothership, The Nation Thailand