Siakap Keli
kemaluan digigit jerung
Gambar: Google

Remaja Dilapor Maut, Kemaluan Digigit Jerung Hingga Putus

BRAZIL – Seorang remaja lelaki dilaporkan maut akibat kemaluan digigit oleh seekor jerung harimau di pantai Piedade, lapor Daily Star.

Pantai yang dikunjungi oleh ramai orang itu sememangnya diketahui terdapat banyak jerung yang merbahaya namun masih juga didatangi oleh mereka untuk bermandi-manda.

Menurut portal Daily Star, remaja berusia 18 tahun itu berjaya diselamatkan dan ditarik ke pantai oleh penyelamat dan terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

Namun begitu, pembedahan selama tiga jam yang dilakukan oleh pakar bedah di sana gagal untuk menyelamatkan nyawanya.

Rodrigo Matias, dari jabatan bomba Recife berkata, budak lelaki itu sedang berenang bersama abangnya di perairan di mana kawasan tersebut telah ditanda dengan tanda amaran keberadaan jerung.

Dia berkata, “pada saat di mana penyelamat meminta mereka untuk kembali semula naik ke pantai, remaja tersebut telah pun diserang dan digigit.”

Sebuah rakaman video mengenai kejadian itu tular di media sosial. Rakaman yang diambil oleh pengunjung di sana jelas menunjukkan seorang penyelamat tanpa gentar mengharungi air untuk menarik mangsa keluar dari laut.

Rakaman dari tempat kejadian itu menunjukkan bagaimana penyelamat cuba bermati-matian untuk menghalang aliran darah yang keluar dengan banyak dari kawasan pangkal paha Jose.

Paramedik Wagner Monteiro berkata, “gigitan jerung itu telah memutuskan tulang paha dan zakarnya. Dia juga kehilangan banyak darah.”

Jose was pulled from the ocean and lifeguards tried to stem the bleeding and patch up his injuries before emergency crews arrived.

Miguel Arcanjo, pengarah Hospital Restauracao Recife, menambah, “dia tiba dalam keadaan tidak sedarkan diri, dengan luka yang sangat besar dan sangat serius”, katanya.

“Selepas pembedahan yang berakhir sekitar jam 9.30 malam, dia terus dimasukkan ke ICU. Dia kehilangan banyak darah namun telah kita gantikan. Tetapi dia mengalami kejutan hipovolemik dan tidak menunjukkan tanda untuk pulih,” kata beliau lagi.

Pantai Piedade sememangnya terkenal dengan serangan jerung. Julai tahun lalu, berlaku juga kes serangan jerung apabila ada seorang lelaki tempatan, Marcelo Rocha Santos, yang dilaporkan minum di pantai tersebut bersama rakan-rakannya maut apabila digigit jerung di dalam air paras pinggang.

Ibu Jose, Elisangela dos Anjos, 42, berkata anaknya itu masih juga pergi ke pantai walaupun dia telah memberi amaran tentang bahaya serangan jerung.

Ibunya berkata, “dia pergi secara rahsia kerana dia tahu bahawa saya tidak akan membenarkannya. Saya tidak merasa bimbang kerana saya fikir dia masih ada di sekitar kawasan rumah. Apabila saya mendengar berita ini, saya menjadi gila, semua jiran mendengar saya menjerit,” kata beliau dengan sedih.

Sumber: DailyStar

Nurlizah Khazani