Imam Muda Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan mahu gelaran ‘Imam Muda’ yang digelarkan kepadanya tidak lagi digunakan oleh orang ramai.
Menerusi satu video yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya kelmarin, Asyraf menjelaskan, gelaran tersebut tidak lagi relevan ekoran umurnya kini yang kian menghampiri 40 tahun serta sudah memiliki tiga anak.
Dalam video itu, beliau menyifatkan gelaran tersebut bukanlah diberikan oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti kerabat diraja ataupun pihak akademik seperti universiti.
Sebaliknya, gelaran ‘Imam Muda’ itu diperolehinya selepas dirinya dinobat sebagai juara dalam rancangan realiti dakwah Imam Muda musim pertama di saluran Astro Oasis pada 12 tahun lalu.
“Kadang orang bergurau dengan memanggil ‘Imam yang tak akan tua’.
“Saya ‘ok’ saja hendak dipanggil apa. Imam muda ke imam tua ke, ustaz ke, bro ke, Acab ke, imam saja ke, Pakcik Asyraf ke, Encik Asy ke, tak kisah.
“Asalkan panggilan itu sesuai dengan iringan doa yang baik,” tulisnya di Instagram.
View this post on Instagram
Katanya lagi, gelaran itu diberikan kepadanya oleh sebuah syarikat penyiaran sejak 12 tahun lalu, namun masih ‘segar’ digunakan oleh orang awam.
“Lagipun panggilan ‘Imam Muda’ itu hanyalah gelaran yang diberi oleh Pihak Astro semenjak 12 tahun yang lalu. Lalu digunapakai meluas oleh masyarakat. Dan ianya melekat sehingga ke hari ini.
“Sedangkan sewaktu mula menyertai program Imam Muda, tak pernah terlintas di fikiran untuk diberi gelar sebegini.
“Jadinya bila umur dah tua nak masuk umur 40-an ni rasanya macam nak tukar nama la pulak.
“Asyraf Depp ke, Asyraf McGuire ke, Asyraf The Eagle ke, Pakngah Asyraf ke, Daddy Asy ke, Asy Talabista ke,” tulisnya lagi dengan nada berseloroh.
Dalam pada itu, Asyraf turut meminta pendapat daripada warganet mengenai namanya.
“Ada cadangan?,” tulisnya lagi.
Sementara itu, ramai juga yang sependapat dengan idea yang dikemukakan oleh pendakwah tersebut, termasuklah artis-artis tanah air.
“Dah mula dah,” kata pendakwah terkenal, PU (Pencetus Ummah) Amin.
“Ok kan. Imam muda sampai tua. Imam muda tu dah 35 tahun orang panggil imam muda, ok kan,” komen pelakon komedi terkenal, Shamsul Ghau Ghau.
Biodata Imam Muda Asyraf
Untuk pengetahuan, Imam Muda Asyraf ataupun nama sebenarnya Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dilahirkan pada 12 Februari 1984 dan berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Namanya semakin dikenali ramai selepas tampil juara dalam rancangan dakwah iaitu Imam Muda pada tahun 2010 di saluran Astro Oasis.
Sumber: Instagram imammudaasyraf