Siakap Keli
terperangkap dalam perigi 80 kaki
Gambar: Google

Budak Terperangkap Dalam Perigi 80 Kaki Lebih 100 Jam Berjaya Diselamatkan

RAIPUR – Seorang kanak-kanak kurang upaya yang terperangkap dalam perigi sedalam 80 kaki di daerah Janjgir Champa, Chhattisgarh, tengah India selama lebih 100 jam berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat

Operasi menyelamat yang melibatkan kira-kira 500 orang dan berlangsung selama lebih 104 jam itu akhirnya berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh dan terperangkap ke dalam perigi sedalam 80 kaki itu ketika bermain di halaman belakang rumahnya pada 10 Jun lalu.

“Rahul telah diselamatkan dan berada dalam keadaan baik hasil daripada doa orang ramai dan usaha menyelamat berterusan pasukan kecemasan,” kata Ketua Menteri, Bhupesh Baghel di Twitter.

Doktor menyatakan bahawa mereka akan terus memantau kesihatan budak lelaki itu.

Namun begitu, kanak-kanak itu masih berada dalam keadaan lemah disebabkan kurang pengambilan makanan dan minuman.

Hal ini kerana, kanak-kanak tersebut dilaporkan telah terdedah terlalu lama dengan air dan lumpur di dalam lubang perigi tersebut.

Sebilangan besar orang yang berkumpul di tempat itu memuji pasukan penyelamat atas usaha mereka menyelamatkan kanak-kanak itu.

Sumber: TheHindu.com

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.