Mungkin ramai tertanya-tanya, ini rupanya 5 benda yang selalu dibawa dalam beg pramugari ketika bertugas di ‘langit biru’.
Pasti ada sesetengah wanita yang mempunyai impian untuk menjadi seorang pramugari dan berangan-angan untuk bekerja di ‘langit biru’. Bagaimanapun, bukan mudah untuk menjadi seorang pramugari kerana syaratnya yang agak ketat.
Walaupun mempunyai kelebihan untuk ‘merantau’ ke seluruh dunia namun tugas tersebut tidak semudah seperti yang dibayangkan.
Pun begitu, bukan skop kerja mereka yang ingin kita ‘kupas’ pada kali ini, sebaliknya adalah mengenai barangan yang dibawa oleh mereka ketika bertugas.
Jika anda perasan, kebanyakan pramugari akan ‘mengheret’ beg bagasi khusus untuk meletakkan barangan peribadi mereka. Namun, selain baju apakah lagi barangan yang perlu dibawa oleh mereka?
Bagi menjawab persoalan itu, mari kita ikuti perkongsian dari penyanyi dan bekas pramugara, Zarul Umbrella.
Menurutnya, terdapat lima barangan yang wajib ada di dalam beg pramugari.
Pertama, pramugari sudah tentulah perlu membawa passport walaupun ditugaskan dalam penerbangan domestik.
Seterusnya, benda penting yang perlu dibawa adalah crew ID dan pas lapangan terbang untuk masuk ke dalam lapangan terbang. Jika terlupa membawa pas tersebut, mereka perlu mendapatkan pas sementara.
Selain itu, pramugari juga kebiasaannya akan membawa uniform ganti sebagai persediaan jika ada sebarang kecemasan berkaitan pakaian mereka ketika bertugas.
Akhir sekali, mereka akan membawa kit make up untuk mendandan ketika bertugas.
https://www.facebook.com/17841400993420402/videos/1267452907120716/?fs=e&s=m
BACA: Bukan Saja-saja, Ini Sebab Lampu Kabin Dimalapkan Ketika Berlepas & Mendarat Waktu Malam
Sumber: Zarul Umbrella