Kisah seram seperti disergah perempuan rambut panjang, berwajah menyeramkan ataupun atuk tua sering disajikan dan mendapat perhatian ramai orang tidak mengira daripada mana sumbernya datang sama ada dari dalam negara mahupun dari negara luar seperti Indonesia dan juga Thailand.
Kisah-kisah seram sering menjadi pilihan untuk dijadikan bahan bacaan walaupun diselubungi perasaan takut, tetap juga ada keinginan untuk habiskan bacaan hingga ke penghujung cerita. Tidak kiralah kisah nyata atau rekaan semata-mata tetap akan buat bulu roma meremang.
Meneroka laman Twitter milik individu bernama Akram, beliau juga kongsikan pengalaman seram yang berlaku kepadanya baru-baru ini yang sangat menyeramkan. Menurutnya, dia didatangi satu lembaga menyerupai atuk tua yang berdiri membongkok seakan sedang rukuk dalam solat.
Lebih menyeramkan, lelaki tua itu mempunyai cahaya yang menyerupai gerhana pada bahagian belakangnya. Untuk ketahui lebih lanjut apa yang berlaku, boleh teruskan bacaan menerusia perkongsian dari Akram yang telah kami sertakan di bawah. Selamat membaca.
Susuk tubuh atuk tua tengah pandang dari sudut bilik
Aku pernah cerita dekat abg aku apa aku nampak dalam bilik aku. Masa aku terbangun, aku nampak atuk tua tengah rukuk menghadap aku. Bukan atuk aku sebab dedua belah dah takde. Abang aku pergi lukis weh hahaha.
Cerita ni “mungkin” ada berkait dengan beberapa cerita dari ahli keluarga aku yang lain. Baru ni terasa nak kongsi sebab sebelum ni rasa tak selesa nak cerita.
Sekarang aku dah dapat bilik sorang. Adik-beradik aku semua lelaki, biasanya kami memang akan tidur dekat ruang tamu atau berhimpit semua dalam satu bilik. Sebab kami semua penakut. (Thanks to my sedara mara yang selalu pasang cerita hantu masa datang beraya, especially movie Chucky & 13 Ghosts.)
Bila dah makin besar ni, aku pun berusaha untuk dapatkan bilik sendiri sebab perasaan penakut tu dah mula lesap. Aku dah berani tidur dalam gelap dan pintu berkunci. Aku buka sikitlah pintu toilet, bagi ada cahaya masuk sikit.
Seingat aku, masa aku tidur tu, aku dapat rasa mcm “terkejut”. Macam orang tarik kaki atau orang kejut secara mengejut. Laju je aku terbangun. Aku tidur terlentang tau. Bila aku bangun, aku jadi segar sebab yela, bukan bangun dengan keadaan rela. Aku angkat sikit kepala.
Aku perhatikan di setiap sudut bilik aku. Mula-mula tak ada rasa apa, tapi aku dapat rasa mcm dalam bilik tu ada orang lain. Bilik aku kecik tau, tak besar. Aku rasa mcm ada orang berdiri tepi katil. Aku cuba fokuskan mata aku kat ‘corner’ bilik aku yang gelap tu.
Perlahan-lahan aku mula nampak ada muka tengah pandang aku. Muka dia mendongak. Lelaki tua tengah senyum, kepala dia mcm dipaksa menjengah kedepan. Waktu tu aku memang keras terus. Aku perhati je garis cahaya dari tandas yang terkena badan dia.
Lagi jelas aku nampak yang dia sebenarnya tengah rukuk, kearah aku. Tapi bukan pandang bawah, dia pandang aku sambil tersenyum. Masa ni aku dah takut tapi tak rasa nak jerit pun. Aku cuma rasa nak buka lampu. Tapi aku tak berani alih pandangang ke arah tempat lain sebab teringat kalau alih pandangn, bila toleh semula wajah dia akan laju datang ke arah aku.
Aku perasan yang muka dia perlahan-lahan semakin dekat dengan aku, tapi badan dia kekal di tempat yang sama. Perlahan-lahan aku nampak pada bahagian belakang kepala dia macam ada satu bulatan cahaya seakan-akan gerhana. Tapi bezanya, cahaya itu mengeluarkan warna merah hati.
Katil aku betul-betul sebelah pintu, sambil aku pandang muka dia, tangan aku perlahan-lahan merayap cuba untuk capai tombol pintu. Tapi tak sampai.
Jadi, aku terpaksa palingkan juga badan aku kebelakang, tapi bila aku toleh semula badan, hilang dah orang tua tu, bilik aku pun dah bertukar dari gelap ke cerah sebab lampu di ruangan tangga masuk ke dalam bilik.
Keesokannya paginya ialah Sabtu. Bila matahari dah terbit, aku pun dah beranilah nak turun bawah sebab ibu ayah aku pasti dah ada dekat dapur. Aku boleh dengar suara tengah borak kat meja makan. Dua orang abang aku pun ada sekali.
Aku pernah ada terserempak dengan benda-benda halus, tapi tak pernah lagi benda tu memang fokus perhatian dia pada aku. Sejujurnya, takut juga. Sebab aku nampak jelas muka dia. Aku memang tak akan lupa cahaya merah yang menyerupai gerhana belakang kepala dia. Aku pun cerita dekat family aku masa tengah sarapan pagi.
BACA JUGA: Lelaki Kongsi Detik Seram Diganggu Jelmaan ‘Kancil Putih’ Di Highway
Sumber: Akram (Twitter)