Siakap Keli
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Automotif
  • Travel
  • Kesihatan
  • Selera
  • Youtube
Siakap Keli
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Automotif
  • Travel
  • Kesihatan
  • Selera
  • Youtube
Siakap Keli
Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya
Kredit: Lowyat

Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya Mula Beroperasi Hari Ini

Nurfatihah,
Jun 16, 2022
1 min read

KUALA LUMPUR – Fasa 1 Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan beroperasi bermula pukul 3 petang hari ini.

Pengangkutan awam ini merupakan sebuah bentuk kemudahan yang menjanjikan akses lebih baik untuk orang ramai.

Dalam fasa ini, sebanyak 12 stesen akan dibuka, merangkumi Kawasan Damansara, Kampung Selamat, Sungai Buloh, Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu.

Para penumpang laluan Putrajaya Fasa 1 berpeluang untuk menikmati pertukaran yang lancar ke stesen MRT laluan Kajang dengan menggunakan platform stesen Kwasa Damansara.

Untuk kemudahan orang ramai, bas pengantara dan bas Go-KL turut disediakan di stesen bagi menyambungkan destinasi pertama dan terakhir.

Berdasarkan kenyataan MRT Corp, MRT laluan Putrajaya fasa satu akan membawa orang ramai lebih dekat kepada alam semula jadi dengan menawarkan sambungan terus ke Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Taman Metropolitan Kepong.

Laluan itu pada mulanya dijadualkan beroperasi pada Ogos 2021, namun ditangguhkan ke pertengahan November lalu dilewatkan lagi.

Selepas siap sepenuhnya, MRT laluan Putrajaya akan meliputi jajaran sepanjang 57.5 kilometer dengan 36 stesen dari Kwasa Damansara ke Putrajaya.

Sumber: Awani

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

View all posts

Terbaru

  • DUN Sabah Terbubar Sendiri 11 Nov Ini – Speaker
  • Cemas Anak Sesak Nafas, Wanita Puji Tindakan Pantas Kru AirAsia 
  • Banjir Kilat Texas: 27 Kanak-Kanak Di Kem Musim Panas Masih Hilang
  • Suami Diserang Strok Tatkala Isteri Hidap Kanser, MAINJ Mohon Doa Orang Ramai
  • Sekurang-kurangnya 43 Maut, Termasuk 15 Kanak-Kanak Dalam Banjir Kilat Di Texas

Terbaru

  • DUN Sabah Terbubar Sendiri 11 Nov Ini – Speaker
  • Cemas Anak Sesak Nafas, Wanita Puji Tindakan Pantas Kru AirAsia 
  • Banjir Kilat Texas: 27 Kanak-Kanak Di Kem Musim Panas Masih Hilang
  • Suami Diserang Strok Tatkala Isteri Hidap Kanser, MAINJ Mohon Doa Orang Ramai
  • Sekurang-kurangnya 43 Maut, Termasuk 15 Kanak-Kanak Dalam Banjir Kilat Di Texas

© Oleh Siakap Keli Sdn Bhd

  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Automotif
  • Travel
  • Kesihatan
  • Selera
  • Youtube

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.