Siakap Keli
pindah data whatsapp ke iphone
Gambar Via Mobiletrans

Pengguna Android Kini Sudah Boleh Pindah Data WhatsApp Ke iPhone

Aplikasi WhatsApp dilaporkan telah memperkenalkan ciri baharu yang membenarkan pengguna untuk memindahkan data dari telefon pintar Android ke iPhone.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pengasas dan CEO Meta, Mark Zuckerberg melalui kenyataan di Facebook semalam.

Memetik laporan India Today, ciri baharu itu adalah kerjasama bersama Apple dan merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘Move to iOS’ yang dilancarkan oleh syarikat gergasi itu.

Hal ini bermakna pengguna iPhone yang baharu boleh menggunakan terus ciri itu ketika menetapkan telefon pintar mereka. Manakala, pengguna yang sudah sedia ada perlu melakukan factory reset dan backup untuk menggunakan kemas kini terbaru itu.

Gambar Via Indian Express

“Kami menambah ciri baharu untuk menukar WhatsApp dengan selamat di antara telefon dan memindahkan mesej suara, video, gambar dan sejarah perbualan antara Android dan iPhone, dalam masa yang sama end-to-end encryption masih dikekalkan.

“Ini adalah ciri yang paling banyak diminta oleh pengguna,” kata Mark.

Ciri itu mula dilancarkan sejak semalam dan akan tersedia untuk pengguna dalam masa beberapa minggu lagi.

Terdahulu, Apple telah mengumumkan ciri baharu iOS 16 pada aplikasi mesejnya yang membolehkan pengguna menyunting atau menyah-hantar mesej.

Sumber: India Today

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.