Misteri, kelibat ‘harimau putih’ didakwa telah dirakam di sebuah hutan, jadi perdebatan dalam kalangan netizen
Aktiviti beriadah di kawasan hutan atau sungai menjadi eskapisme yang sangat baik untuk minda dan jiwa seseorang terutamanya bagi yang tinggal di kawasan bandar.
Sesekali dapat ‘menghirup’ udara segar boleh menghilangkan segala kekusutan yang membelenggu dalam diri.
Bagaimanapun, hutan juga kebiasaannya dikaitkan dengan pelbagai kisah mistik yang pasti akan membuatkan sesiapa sahaja meremang. Walaupun kesahihan semua kisah itu tidak dapat dipastikan namun ia tetap akan dapat menarik perhatian ramai.
Terbaru, seorang pengguna TikTok telah berkongsikan satu video yang mendapat perhatian netizen sehingga ia ditonton sebanyak 612.2 ribu kali.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @aidilflecther itu, kelibat seekor harimau didakwa telah dirakam secara tidak sengaja oleh rakannya.
Dalam video tersebut, kelihatan seorang wanita yang sedang duduk bersantai dan merakam dirinya berlatar belakangkan pemandangan di dalam sebuah hutan.
Ketika menghalakan telefonnya ke arah kawasan sekeliling, kelibat seekor haiwan yang didakwa persis seperti harimau berwarna putih dilihat sedang melintas di belakangnya.
Haiwan itu dilihat berjalan selamba melalui sungai tanpa menghiraukan kewujudan wanita terbabit.
“Video ni dah sebulan lepas, saja tengok balik video ni, ada penampakan harimau putih melintas,” dakwanya.
Namun, lokasi hutan tersebut tidak dinyatakan.
@aidilflecther Vid ni da sebulan lps saja TR sekali tngok blk vid nii ada penampakan harimau putih melintas#kesayanganduadua
‘Penampakan’ tersebut telah membuatkan video itu menjadi tular dan telah mencetuskan perdebatan ramai kerana ada yang merasakan bahawa haiwan itu sebenarnya seekor anjing. Tidak kurang juga ada yang mengaitkannya dengan perkara mistik.
Anjing warna putih kot
Tak ada maknanya nak relax
Sumber: aidilflecther