Siakap Keli
tikam bayi baru lahir
Gambar: Unsplash

Remaja Perempuan Didakwa Tikam Bayinya Yang Baru Lahir Hingga Mati

AMERIKA SYARIKAT – Seorang remaja Texas berusia 18 tahun telah didakwa atas pembunuhan yang dilakukan pada hari Jumaat lalu terhadap bayinya yang baru dilahirkan, lapor The Washington Post.

Menurut pendakwa raya, tertuduh telah menikam bayinya sejurus selepas dilahirkan ketika berkunjung ke Colorado bersama keluarganya.

Tertuduh memaklumkan kepada penyiasat bahawa bayi itu senyap dan tidak bergerak serta kelihatan tidak bernafas ketika dilahirkan namun tidak menyatakan berkenaan mengapa bayi itu ada kesan luka tikaman.

Ketika disoal siasat, tertuduh berkata dia merasakan bahawa dia hamil namun tidak begitu pasti. Ia kerana, ujian kehamilan yang dilakukannya kira-kira tiga hingga empat bulan sebelum itu negatif.

Seorang koroner menyatakan, bayi itu masih hidup ketika dilahirkan di rumah saudaranya. Namun meninggal dunia akibat daripada kecederaan parah. Gunting juga ditemui berhampiran mayat bayi itu, kata laporan tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada tertuduh yang sedang terlantar di hospital selepas bersalin itu mempunyai peguam atau tidak.

Hal ini kerana, dia masih berusia 17 tahun ketika bayi itu dilahirkan tetapi berusia 18 tahun pada Jumaat lalu, kata Krista Henery, jurucakap Peguam Daerah Kehakiman ke-19 Michael Rourke. Justeru, dia akan didakwa sebagai orang dewasa.

Semasa disoal siasat, tertuduh telah ditanya berkenaan apa yang difikirkannya ketika bayi itu dilahirkan. Menurut laporan, dia telah menyatakan bahawa “dia perlu memikirkan cara untuk memberitahu ibunya berkenaan perkara sebenar,” tulis penyiasat itu.

Sumber: WashingtonPost

Nurlizah Khazani