Hendak seribu daya tidak seribu dalih, jika kita hendak merealisasikan sesuatu perkara itu, tidak kira apa sekali rintangan dan onak duri yang melanda pasti sedaya upaya kita akan cuba sebaik mungkin. Begitulah kata-kata yang dapat diungkapkan selepas satu rakaman video yang dikongsikan oleh MyJakim menerusi akaun TikTok milik mereka, di mana kelihatan seorang remaja lelaki ‘istimewa’, seorang adik yang segak berpakaian baju melayu berwarna gangsa, juga merupakan seorang peserta hafazan yang berjaya menghafaz Al-quran sehingga juzu’ 10.
Bakat yang dimiliki oleh Iman ini amatlah besar dan harus dihargai oleh khalayak ramai. Seperti yang diketahui, tidak ramai individu yang berjaya untuk menghafal al-quran walaupun sempurna pancainderanya.
Bahkan, seseorang yang cukup sifatnya juga adakalanya sukar untuk menghafal sesuatu kerana tidak memiliki kesungguhan yang mendalam untuk merealisasikannya.
Menghafal Al-Quran merupakan amalan yang dapat membimbing jiwa dan fikiran seseorang itu. Lantas, jika seseorang itu mampu menjaga hafalan maka ia akan menjadi satu ibadah yang berkekalan.
Difahamkan bakal Muhd Iman Izzudin bin Jamaluddin, 20, dalam menghafaz Al-Quran telah ditemui oleh gurunya di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Ketiau, Putatan, Sabah beberapa tahun lepas.
Meskipun memiliki kelainan upaya penglihatan namun ianya langsung tidak mematahkan harapan adik Iman untuk mendedikasikan diri sebagai peserta hafazan Al-Quran..
“Saya mendalami ilmu al-Quran menggunakan e-braille sejak tahun 2015. Saya akan membaca al-Quran berkenaan setiap hari terutama selepas menunaikan solat Maghrib dan juga Zuhur.”
Tak terbayang betapa bertuahnya ayah Iman, Jamaluddin Kasim, 59, dan ibunya kerana dikurniakan dengan seorang anak yang memiliki kelebihan yang tersendiri.
Sememangnya istilah ‘sejuk perut ibu mengandung’, memang wajar untuk diungkapkan bagi mengambarkan kebanggaan yang dirasai oleh ibu bapa Imran.
Rata-rata komentar di TikTok juga turut berasa bangga dengan kelebihan yang dimiliki Iman yang cukup mengagumkan orang ramai di mana harus perbuatan tersebut harus dicontohi.
@myjakim Peserta Hafazan 1-10 Juzu Kelainan Upaya Penglihatan Adik Muhammad Iman Izzuddin Bin Jamaludin – Sabah
BACA: Wanita Sarat Hamil Tunggu Hari Nak Bersalin Maut Dipenggal Bekas Kekasih
Sumber: MyJakim, New Sabah Times