REPUBLIK CZECH – Pihak polis telah berjaya merampas dadah jenis kokain bernilai RM376 juta (£70 juta) dalam kotak berisi pisang yang disyaki tersilap hantar ke beberapa buah pasaraya di sini.
Menerusi akhbar Independent, dadah bernilai jutaan ringgit itu telah dijumpai oleh para pekerja pasaraya di seluruh Republik Czech ketika mereka sedang membuka peti buah itu yang dipercayai berasal dari Colombia.
Menurut pihak polis, dadah seberat 997 kg (2,200 paun) itu dianggarkan bernilai hampir mencecah RM 376 juta (£70 juta) dan telah ditemui dalam bentuk kiub dan dikelilingi dengan pisang.
Difahamkan, pihak polis telah menghantar unit anjing penyiasat ke pasar raya yang terletak di Prague, Jicin dan Rychnov nad Kneznou sejurus menerima laporan daripada para pekerja yang menerima penghantaran yang mencurigakan.
Penyiasat bahagian jenayah telah mendapati bahawa barangan yang diterima oleh pasar raya tersebut dihantar oleh kumpulan sama.
Oleh itu, dengan kerjasama kastam Republik Czech beberapa pemeriksaan telah dijalankan ke atas pasar raya tersebut.
Selain itu, disebabkan barangan yang diterima berasal dari negara luar, pihak polis tempatan bersedia untuk menerima kerjasama pihak berkuasa antarabangsa.
“Pusat Kawalan Dadah Kebangsaan akan mengambil alih kes tersebut dan akan menjalankan sisatan lanjut. Kami akan memberikan maklumat lanjut secepat mungkin.”
Pengeluaran kokain telah meningkat dua kali ganda antara 2014 dan 2019, Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahagian Dadah dan Jenayah, pengeluaran kokain telah meningkat sebanyak dua kali ganda antara 2014 dan 2019.
Colombia merupakan penyumbang utama daripada peningkatan ini, badan PBB menambah dalam laporan 2021.
Sumber: Independent.co.uk
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini