MEXICO – Seorang ibu tergamak tinggalkan anak perempuannya yang berusia 3 tahun dalam sebuah tangki air di sini, kelmarin.
Menurut Daily Mail, kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan oleh pihak polis Mexico hasil maklumat daripada jiran kawasan tersebut.
Difahamkan, jiran kanak-kanak tersebut telah menghubungi pihak polis selepas terdengar suara kanak-kanak kecik menjerit ketakutan dan meminta pertolongan.
Video tersebut menunjukkan pegawai polis bergegas pergi ke laman belakang rumah di mana tangki air setinggi lima kaki itu berada.
Setelah itu, polis menjenguk ke dalam tangki itu terlebih dahulu sebelum perlahan-lahan menurunkannya ke bawah.
Kanak-kanak itu masih menangis meskipun telah diselamatkan dan memberitahu petugas bahawa ibu bapanya telah meninggalkannya sendirian di situ.
Kanak-kanak itu sempat mengambil mainannya yang dianggap sebagai peneman sewaktu dia terperangkap dalam tangki tersebut sebelum pihak polis membawanya pergi.
Peguam Negara Mexico turut melaporkan bahawa gadis kecil itu menangis dan meminta tolong ketika itu.
Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan pada badan.
Ibu dan bapa tiri kanak-kanak itu dilaporkan telah ditahan reman sejurus mereka tiba di rumah.
Mereka telah didakwa atas tuduhan keganasan rumah tangga dan ditahan di penjara Chalco.
Pasangan tersebut dikenakan RM1,000 ($245) sebagai ikat jamin.
Mereka mengaku telah tinggalkan anak di dalam tangki air selama 15 minit.
Motif insiden tersebut masih tidak dapat dijelaskan namun dakwa pasangan itu, mereka meninggalkannya di dalam tangki berkenaan dengan alasan tidak dapat membawa anak mereka bersama ke tempat kerja.
Agensi perlindungan kanak-kanak tempatan ditugaskan untuk menjaga kebajikan kanak-kanak tersebut sehingga tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap ibu dan bapa tirinya selesai.
‘Ia adalah keadaan psikologi kanak-kanak tersebut. Mereka sentiasa menjaganya,’ kata pendakwa raya Chalco, Carmina Gutiérrez, seperti yang dipetik oleh akhbar El Gráfico.
Gutiérrez menambah bahawa seorang ahli psikologi telah ditugaskan untuk bertemu dengan gadis itu secara kerap bagi menjalankan sesi kaunseling.
‘Dia sangat merindui ibunya. Dia hanya gadis kecil yang baru berusia tiga tahun,’ katanya. ‘Jadi, seperti mana-mana anak di bawah umur, dia pasti merindui ibunya walau apa jua yang telah mereka lakukan.’
Sumber: Daily Mail
Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini