Siakap Keli
pengecas telefon terbakar
Gambar via mothership

Wanita Disahkan Melecur Tahap 1 & 2, Pengecas Telefon Terbakar Dan Meletup

Seorang wanita warga Singapura yang tinggal di Melbourne, Australia telah dilaporkan melecur tahap pertama dan kedua di tangannya selepas pengecas telefonnya terbakar ketika dia sedang menggunakannya.

Shin Min Daily News (SMDN) melaporkan bahawa mangsa yang berusia 51 tahun itu sedang membuat panggilan video bersama rakannya. Pada ketika itu dia telah mendapati bahawa bateri telefonnya hampir habis.

Dia kemudiannya terus mengecas telefon dan meninggalkannya di atas sofa. Secara tiba-tiba, pengecas telefon itu meletup dan terbakar.

Mangsa memaklumkan bahawa dia telah menggunakan tangan kanannya untuk cuba memadamkan api yang terbakar pada bahagian atas lengan panjang dan baju sejuknya.

Disebabkan panik, dia telah bertindak menggunakan cadar untuk membalut telefon dan pengecas itu. Kemudian, dia mengambil botol air anak perempuannya dari atas meja dan menggunakan air di dalam botol tersebut untuk cuba memadamkan api.

Memandangkan barang elektronik tersebut masih terbakar, dia mencampakkan keseluruhan bungkusan itu ke dalam bilik air sebelum menghidupkan pancuran mandian dan mengarahkan kepala pancuran mandian tersebut ke arah api untuk memadamkan api sepenuhnya.

Selepas berjaya menyelesaikan masalah api tersebut, wanita itu telah mendapati bahawa terdapat kesan melecur besar  di tangan kirinya. Anak perempuannya bertindak menyapu salap pada tangannya dan membalutnya sebelum mendapatkan rawatan lanjut pada pagi keesokkannya.

Katanya, “doktor memberitahu saya bahawa saya mengalami luka melecur tahap satu dan dua. Tangan saya masih berbalut dan perlu menunggu sehingga kecederaan ini beransur pulih. Saya juga perlu memastikan melecur ini bebas daripada sebarang jangkitan”

Dia juga menambah, “tangan saya telah melecur tetapi saya bersyukur, muka dan rambut saya kekal tidak terjejas. Jika tidak, kecederaan saya akan menjadi lebih teruk,” katanya.

Wanita itu juga mengakui bahawa dia bimbang tentang sofanya atau lebih teruk lagi, seluruh apartmennya mungkin akan turut terbakar dengan berlakunya kejadian itu.

Pengecas Dibeli Di platfom atas talian

SMDN melaporkan bahawa pengecas yang digunakan mangsa merupakan hadiah yang diperolehinya dari seorang rakan.

Sumber: mothership.sg

Baca: Sambil Beli Buku Pun Boleh Bersedekah, Ini Cara Nak Beli Buku Dengan Rebat 10% Ramadan Ini

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.