Trend sambut pengantin baru, sekumpulan sahabat raikan pengantin dengan beri hadiah berupa barang dapur. Ini baru betul!
Baru-baru ni kecoh di media sosial video sekumpulan lelaki memberi hadiah k****m kepada kawan mereka (pengantin lelaki) di majlis perkahwinannya.
Meskipun nampak seakan kelakar, namun ia mengundang rasa tidak selesa bagi sebahagian warganet. Hal ini kerana perkara itu dilihat agak keterlaluan dan tidak menjaga hati pasangan raja sehari itu.
Tidak kurang jaga, ada yang berpendapat bahawa lebih baik jika pasangan pengantin sepertinya menerima hadiah-hadiah berupa barangan rumah – yang sudah tentu akan digunakan sebaik fasa rumah tangga bermula.
Justeru, muncul pula sebuah video yang dimuat naik oleh nzrnahmd_di platform TikTok, memperlihatkan dia bersama rakan-rakannya meraikan majlis perkahwinan sahabat baik mereka.
Menariknya, mereka meraikan pasangan pengantin tersebut dengan membawa hadiah berupa barangan keperluan seperti bantal, periuk, gula, garam, bawang putih, bawang merah, sardin, pencuci pakaian dan banyak lagi.
Dalam masa sama, semua hadiah itu diberikan secara langsung kepada pengantin tersebut di atas pelamin. Ramai juga yang kagum dengan keperihatinan mereka yang memahami hadiah apa yang sepatutnya diberi.
@nzrnahmd_
“Dah macam mangsa banjir,” kata pemilik video itu pada ruangan kapsyen.
Walaupun sekadar barangan dapur, namun ia mungkin sangat bermakna buat kedua-dua pengantin tersebut. Masakan tidak, harga barang dapur sekarang kan semuanya sudah makin mahal sekarang.
Tidak kurang juga, trend hadiah kahwin sebegini sebaiknya perlu diamalkan oleh orang ramai. Pastinya, ia jauh lebih baik berbanding hadiah yang kurang sopan seperti video tular sebelum ini.
Video tersebut turut dikongsi semula oleh seorang pengguna Twitter, Fad Manaf di laman Twitter miliknya dengan kapsyen bertulis, “Yang ni baru betul bagi hadiah kahwi. Pakai pun helok,”
Yang ni baru betul bagi hadiah kahwin. Pakai pun helok pic.twitter.com/86OhQM18Jt
— Fad Manaf (@fadmnf) June 20, 2022
Pada perkongsian di Twitter itu, pemilik asal video yang turut memuat naik ke TikTok, @nzrahmd memberi komentarnya mengenai kejadian menarik itu.
Jelasnya, niat mereka berbuat sebegitu hanyalah kerana ingin bergurau bersama pengantin. Bukan itu saja, malah mereka juga sudah dapat kebenaran daripada pihak keluarga.
Thank youu for rt this video. Saya selaku owner video memohon maaf sekiranya mengundang kemarahan/persoalan pada anda semua. Niat kami ingin bergurau dengan pengantin & dapat ‘green light’ dari family juga. Kami juga tunggu sampai selesai majlis untuk angkat barang tu semua 😊
— Leo (@nzrnahmd_) June 20, 2022
Justeru, video tersebut mendapat reaksi positif daripada kalangan warganet dengan komen-komen yang diberikan terhadap video itu.
“Lebih baik dari bagi benda bukan bukan,” komen warganet bernama Farah Aliah.
“Aku sahkan hadiah macam ni mesra poket,” tulis Ameline.
“Hadiah-hadiah macam ni lagi membantu & bermanfaat. Pahala pun dapat daripada hadiah bi****g malam pertama apa benda bagai tu. Tahniah anak-anak muda,” kata Myaa Humaira.
Rata-rata netizen gembira melihat aksi sekumpulan sahabat yang beri hadiah kepada pengantin itu. Tambahan pula, video itu juga telah mendapat lebih 385,000 tontonan dan lebih 51,000 tanda ‘suka’ setakat ini.
Sumber: TikTok nzrnahmd_