Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Masuk Terus Mengadap Pengantin Perempuan”, Pengantin Lelaki Salah Duduk, Terpaksa ‘U-turn’ Depan Tok Kadi Nak Akad Nikah

Edayu
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Tidak kira pengantin lelaki atau perempuan, pastinya mengalami darah gemuruh untuk bergelar ‘raja sehari’. Tidak dinafikan, perasaan gementar akan bertambah apabila melihat kelibat tok kadi yang sudah bersiap sedia untuk akad nikah.

Menerusi satu video yang tular di laman Tiktok, apabila pengantin lelaki tidak mengadap tok kadi tetapi duduk bertentangan dengan pengantin perempuan telah mencetuskan rasa ‘cemas’ orang sekeliling.

Dalam perkongsian tersebut], telatah pengantin lelaki ini buat ‘u-turn’ depan Tok Kadi bikin orang ramai berdekah. Bukan itu sahaja, seluruh ahli keluarga yang berada dalam rumah turut bersorak terhibur.

“Satu rumah gelakkan dia…”

Rata-rata warganet yang menonton rakaman video ini turut terhibur dengan gelagat ‘raja sehari’ ini. Tak kurang juga yang turut menceritakan ‘pengalaman’ yang sama semasa majlis akad nikah.

Sumber: Anieys