Siakap Keli
bomba tangkap biawak sesat
Gambar: TikTok fire_fighter_forever

Nak ‘Shopping’ Ke Tu? Bomba Tangkap Biawak Sesat Di ‘Parking’ Pasar Raya

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat berdepan detik bahaya tangkap seekor biawak sesat di parking sebuah pasar raya baru-baru ini.

Kebiasaanya, kita sering melihat biawak di habitat asalnya seperti sungai, paya dan longkang-longkang di kawasan perumahan mahupun tempat terbiar.

Namun, berbeza dengan satu situasi ini apabila seekor biawak dilapor tersesat da memasuki kawasan letak kenderaan di sebuah pasar raya terkenal.

Kehadiran reptilia itu telah membuatkan keadaan menjadi huru-hara sehingga memerlukan bantuan daripada pihak bomba untuk menangkap haiwan tersebut.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh fire_fighter_forever menunjukkan aksi gagah anggota bomba yang cuba menangkap biawak itu di lot parking kereta.

Bukan mudah untuk anggota bomba menangkapnya. Haiwan itu cuba buka mulut dan ‘menyingai’ beberapa kali ke arah mereka, dipercayai mungkin sebagai perlindungan ataupun menyerang.

@fire_fighter_forever

kesian dia, mungkin nak membeli belah keperluan harian 😁 #firefighterforever #fypシ #biawak #lotus #abambomba

♬ Jurassic World – Tha Weedaz & €l Pa$o

“Kesian dia, mungkin nak membeli belah keperluan harian,” memetik kapsyen yang tertera pada video dimuat naik Tiktok fire_fighter_forever itu.

Video itu telah menarik perhatian ramai netizen dengan pelbagai lontaran komen yang diberikan.

“Okay cukuplah dengan Jurassic Park sapa main Jumanji ni,” kata seorang warganet bernama Lady D.

“Kesiannya. nampak sangat dia dalam ketakutan. Tersesat pulak kat tempat parking,” kata nadhj.

“Bagus abang bomba. Tangkap je ex saya tu. Siar-siar nak cari mangsa la tuu,” tulis Jari Manis.

Itu sedikit sebanyak komen-komen netizen yang mencuit hati dapat dalam ruangan komen berkenaan.

Hasilnya, video ini telah mendapat lebih 4.7 juta tontonan dan 341 ribu tanda ‘suka’ dengan kelibat reptilia yang tersesat itu.

Sumber: Tiktok fire_fighter_forever 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?