Siakap Keli

Sambung Belajar Pun Nak Ikut ‘Member’, Hati-hati Takut Menyesal Di Kemudian Hari

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diumumkan pada 16 Jun lepas di mana ada lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang, cukup makan dan juga ada yang tidak menepati sasaran.

Apabila dah dapat keputusan SPM, antara perkara yang difikirkan adalah untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Mesti ramai lepasan yang teruja, tapi jangan tidak tahu yang keputusan untuk sambung belajar perlulah difikirkan dengan lebih teliti untuk mengelakkan menyesal di kemudian hari.

Lepasan SPM Jangan Ikut Kawan

Sejak di bangku sekolah, kita semestinya ada rakan baik yang sudah berjanji untuk berjaya sama-sama. Disebabkan janji tersebut, ada yang mengambil keputusan untuk sambung belajar di institusi yang sama malah juga kursus yang sama.

Jangan ikut kawan masuk universiti pilihannya sahaja, kena tengok pada minat diri sendiri juga.

Bidang pengajian yang hendak dipilih perlulah seiring dengan minat dan tidak boleh dengan hanya mengikut minat rakan sendiri asalkan boleh belajar bersama. Belajar tanpa minat boleh menyebabkan seseorang berasa tertekan apabila subjek dipelajari berada di tahap yang susah.

Dengan minat yang tertanam dalam diri, mungkin boleh menjadi motivasi apabila seseorang pelajar itu mengalami tekanan belajar.  Walau bagaimanapun, perkara ini boleh menjadi bonus apabila dua orang kawan berkongsi minat yang sama dan berhasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang sama.

Tentukan Minat, Kecenderungan Diri Sendiri

Minat dan kecenderungan diri sangatlah penting bagi seseorang menentukan hala tuju kehidupannya. Minat yang tertanam di dalam diri akan membuatkan dirinya menghasilkan pelbagai perkara kreatif berkaitan bidang diceburinya.

Sebagai contoh bagi seorang pelajar yang berminat dalam bidang permotoran, selalu menghabiskan masa di bengkel-bengkel motosikal atau kereta, mungkin dirinya boleh menceburi bidang automatif. Perkara ini dapat dilihat melalui aspek kecenderungannya terhadap enjin.

Lain pula bagi seorang pelajar yang sangat gemar memasak dan ‘mengkaji’ makanan setiap kali dihidangkan di hadapannya. Pelajar ini jelas cenderung ke arah bidang kulinari iaitu yang berkaitan masakan. Minat yang ada di dalam diri pasti akan menghasilkan resipi atau menu yang lebih menarik sekiranya diasah lagi melalui lanjutan pelajaran.

Boleh dikatakan juga, ada yang lebih suka memilih bidang kemahiran kerana berkaitan dengan minatnya seperti yang diberikan contoh di atas. Bidang kemahiran bukanlah bidang yang boleh diperlekehkan kerana terdapat ramai graduan yang berjaya pada dunia hari ini. Bukan setakat ada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara, malah ada yang berjaya membuka syarikat sendiri sekarang.

Kisah Kejayaan Alumni TVET

Seperti seorang alumni yang bernama Ahmad Basyier  Bin Hassan, beliau merupakan lepasan Diploma Kejuruteraan Elektrik KKTM Pasir Mas. Kini, beliau sudah mempunyai syarikat sendiri yang mula dibinanya pada umur 23 tahun.

Begitu juga bagi seorang alumni bernama Khairul Anwar Bin Roslan. Beliau sekarang merupakan NDT Technician di Syarikat OILDFIELD TECHNICAL INSPECTION di mana tugasnya adalah menguji kecacatan untuk penyelenggaraan di Pelantar.

Kedua-dua mereka merupakan lepasan TVET Malaysia yang memilih untuk menceburi bidang kemahiran pada mulanya. Dengan kedua-dua ‘bukti’ ini, tidak dapat dinafikan bahawa bidang kemahiran juga boleh menjamin masa depan yang cerah buat seseorang pelajar.

Jika anda dapat melihat minat dan kecenderungan ke arah bidang kemahiran, ada banyak institusi awam yang menawarkan kursus tersebut seperti Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Akademi Kemahiran KEMAS, Institut Kemahiran Tinggi PERDA, Giatmara dan banyak lagi. Selain itu, UniKL atau German-Malaysian Institute(GMI) juga boleh untuk mendalami bidang kemahiran untuk menjadi tenokrat berkualiti.

Kalau anda mahukan lagi pendedahan mengenai program TVET ataupun bidang kemahiran, anda boleh hadir ke Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KPLB 2022 di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani Kedah bermula 23 Jun nanti. Di sana, anda juga boleh melihat skop yang lebih luas dalam bidang kemahiran dan juga program TVET.

Sepertimana tahun lepas, KPLB sekali lagi menganjurkan TikTok Challenge sempena Ekspo TVET@KPLB 2022. Kali ini hadiah utama sebanyak RM1000 beserta dengan hadiah misteri.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari https://ekspotvet.rurallink.gov.my/

#PilihanKemahiranAnda
#EkspoTVET@KPLB
#SayaBudakTVET
#KPLB

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.